Saturday, 12 August 2017

KEKURANGAN DARAH KUNING KETIKA HAMIL

Pernah dengar tak tentang darah kuning. Selalunya kita biasa dengar tentang darah merahkan. Tapi bila orang sebut tentang darah  kuning rasa macam pelik pulak. Sebenarnya darah kuning sebenarnya nama lainnya ialah platlet. Bila sebut pasal platlet baru la pernah dengar kan. 




Sebenarnya fungsi platlet ( darah kuning) adalah untuk  membantu darah membeku apabila perlu. Jumlah platelet normal adalah antara 150 dan 400 juta setiap mililiter (ml) darah. Kebanyakan wanita hamil mempunyai bilangan platelet yang normal, tetapi kira-kira lapan peratus wanita hamil mempunyai penurunan sedikit dalam kiraan platelet mereka. Kiraan di bawah normal jika bacaan  antara 100 dan 150 juta trombosit per ml darah.


Jika kiraan platelet jatuh di bawah normal semasa hamil, ia dipanggil Gestational throbocytapenia.Gestational throbocytapenia biasanya berlaku pada trimester ke tiga. ia tidak menjejaskan bayi di lahirkan. Ada di kalngan ibu hamil mengalami kekurangan platlet . Ia tidak menjejaskan bayi dan tahap plalet akan kembali normal apabila bayi dilahirkan. Terdapat dua faktor yang memainkan peranan:

1.Badan secara semulajadi menghancurkan platlet jika ia tidak digunakan dan menggantikannya dengan yang baru.
Semasa hamil proses ini dipercepatkan. Maka ibu hamil mempunyai lebih muda dan lebih besar platlet di dalam darah.Badan anda menghasilkan lebih banyak bahagian cecair darah (plasma) semasa  mengandung. Ini bermakna bahawa platelet lebih banyak dicairkan, jadi jumlahnya kurang daripada satu mililiter darah. Ini tidak menjejaskan seberapa baik platelet berfungsi.

2. Kadang-kadang, kiraan platelet yang sangat rendah boleh menjadi tanda masalah dengan kehamilan anda. Ini boleh menjadi komplikasi pra-eklampsia yang jarang berlaku, yang dipanggil sindrom HELLP, yang juga menyebabkan gejala berikut:
  • Tekanan darah tinggi dan protein di dalam air kencing
  • sakit diatas perut
  • sakit kepala


  • mual

Jika kiraan platelet kekal pada tahap selamat, tanpa gejala lain , mungkin tidak perlu menjalankan apa apa rawatan. Tetapi jika mengalami pendarahan yang tidak normal, dan sekiranya ibu mempunyai bahagian caeser maka rawatan selanjutnya perlu dijalankan. Mungkin doktor akan mengesorkan untuk membuat pemindahan platlet atau plasma darah bagi meningkatkan tahap platlet dalam darah.

Sekian..

Jika anda ibu hamil dan mahukan kesihatan yang berpanjangan sepanjang kehamilan, kurus lepas bersalin maka seharusnya anda KLIK SINI


Klik sini untuk mengetahui: Cara naikkan platlet

No comments:

Post a comment