Sunday, 18 February 2018

ANAK KAMPUNG MERASA NAIK CRUISE FREE

ANAK KAMPUNG MERASA NAIK CRUISE FREE

Baru dapat nak belek jadual yg dapat minggu lepas.

Rasa syukur sangat dapat rezeki naik cruise ni. Maklumla kakSu ni kan orang kampung. Dari kecik family orang susah. Memang melancong tiada dalam kamus hidup kakSu. Bukan nak salahkan mak abah sebab waktu tu kami memang hidup susah. Memang tak jalan kemana2.

cruise krabi

Lepas kahwin dapat suami pulak memang tak suka pergi bercuti. Memang tak jalan mana mana pun. Ulang alik ke tempat kerja dan balik kampung. Tu je.

Jadi bila diberi hadiah percutian ni rasa macam suatu mimpi jadi kenyataan. Sebab dulu kakSu pernah share tentang impian nak naik cruise dan melancong best best. Masa tu impikan saja. Sebab upline suruh mimpi🤣🤣🤣

Kali ni dah jadi kenyataan. Berkat usaha dan sabar dlm shaklee walaupun ramai teman2 yg datang dan pergi. InsyaAllah kali ni sampai la kakSu ke Penang , Langkawi dan Phuket naik cruise.

Mungkin korang yg diluar sana tak heran pun kan dgn benda ni biasa2 je kan. Tapi bagi orang kampung macam kakSu ni bukan biasa2.😂
Rasa sangat teruja dan tak sabar nak merasa berdiri depan dek tu macam ala ala titanic.

Segala persiapan baru nak buat hari ni dgn esok. Ada satu dinner malam kedua nnti kena pakai batik sarung.




No comments:

Post a comment