Saturday 11 October 2014

CARA MUDAH NAK SCORE FIZIK

Bila sebut saja tentang fizik..memang fobia..Susah giler fizik ni.Banyak formula, banyak pengiraan, banyak teori banyak benda nak di ingat.Dah la tu..susah sangat nak faham .Beberbelit belit dan ..errgghhhhhh..pendek cerita memang fizik susah...

Tapi itu dulu...hehe..kalau dulu fizik merupakan subjek yang sangat dibenci tapi sekarang..i loveeeeee fizik..nape yek..nak tau kenape? baca sampai habis..Untuk pengetahuan korang..sebenarnya fizik is fun..cer tengok sekeliling korang..semuanya adalah sains dan semuanya  ada kaitan fizik..kipas angin..ada fizik..motor elektrik..lampu..fizik, masak nasi guna rice cooker..fizik..duduk tepi laut, fizik..pendek kata semuanya fizik..so kenapa kita selalu fikir  fizik susah..?


Cara pertama untuk korang suka fizik ialah..minat..kalau tak minat nak kenal macamna nak cinta..kan..tak kenal maka tak cinta..minat ni maksudnya , sebelum masuk kelas , korang mesti dah tahu kan , apa yang cikgu nak ajar, so fikirkan dalam kepala korang, eh apa ek yang cikgu nak cerita esok pasal tajuk ni? mesti best kan..yessss..timbulkan rasa tanda tanya dan tak sabar sabar nak dnegar cikgu berceloteh dalam kelas..bukan fikir yang ia satu yang terpaksa..try la fikir camtu..satu lagi..korang mesti cinta kat cikgu..hehe.bukan cinta macam korang cinta kat kekasih tu..tapi suka kat cikgu tu sebab dia ada ilmu yang nak diturunkan kepada korang..saya selalu pesan kat anak2 murid saya, kalau nak suka fizik perlu suka dulu pada cikgunya biarpun cikgu tu tak berapa nak cun atau tak berapa nak handsome...bila kita suka cikgu ajar..kita akan suka nak belajar walaupun tak berapa nak faham..macam kita suka kat awek..suka dengar dia cakap,suka tengok dia makan suka bla..bla..bla..

Banyak sangat ke formula fizik ni ? Boleh tahan la banyak..tapi semua formula dalam fizik senang jer..kalau exam siap bagi lagi kat muka depan soalan.Cuma korang tau guna dengan tak tahu jelah.Biasanya formula fizik menggunakan simbol , jadi pastikan korang dapat membezakan simbol simbol untuk setiap tajuk, kalau kita dah kenal maksud bagi setiap simbol memang senang.Jadi bila cikgu ajar sesuatu topik yang ada formula pastikan korang catatkan dalam buku khas untuk formula sahaja dan tulis maksud simbol untuk setiap formula.Macamna nak biasakan menggunakan formula formula ni?
 Jawapannya senang saja..selepas cikgu dah ajar kat kelas dah bagi contoh, balik rumah cari 2 ke 3 soalan yang berkaitan dengan tajuk tu dan buat semula serta aplikasikan formula yang dah belajar tadi.Kalau rasa susah sangat, cari soalan yang dah siap jalan kerja.Cuba selesaikan sendiri dulu, semak jalan kerja yang dah ada..Boleh ulang ulang soalan yang sama sampai faham step penyelesaian..tak faham ..tanya cikgu..

Bagi soalan penyelesaian masalah, kumpulkan maklumat daripada soalan.cuba buat gambaran dengan melukis situasi kemudian senaraikan nilai nilai yang diberi dalam bentuk simbol.Tentukan apa yang di minta dari soalan ..kaitkan dengan formula, tuliskan formula , gantikan nilai nilai yang dah diberi ke dalam formula, selesaikan persamaan

Kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian.janganlah asyik dok fikir pasal nak score fizik , pasal nak jawab soalan exam..fikirkan yang belajar fizik ni menarik.Setiap tajuk yang cikgu ajar ada kaitan dengan hidup.contohnya balik rumah nak sendukkan nasi , pegang sudip nasi, bahagian pemegan sudip dibuat dari kayu ..oh..ingat semula cikgu ajar, ini sebab muatan haba tentu pemegang sudip adalah tinggi..so lambat panas..Naik kereta, tengok bahagian hadapan kereta yang di reka supaya bentuk larus atau aerodinamik..oh..sebabnya untuk kurangkan geseran..kalau lah semua yang belajar dalam kelas dapat di kaitkan dengan situasi harian kita..memang fizik sangat mudah..

Selain dari mengaitkan fizik dengan persekitaran, pastinya kita kena faham konsep bagi setiap yang dipelajari..kalau kita dah boleh kaitkan konsep kejadian dengan fenomena yang berlaku dipersekitaran..lebih mudah nak memahami dan meyelesaikan masalah yang dipersoalkan

Dalam fizik ada hukum hukum serta prinsip prinsip yang perlu diingat. Apa beza antara hukum dan prinsip? Biasanya Hukum akan melibatkan formula -formula manakala prinsip tidak melibatkan formula..Contohnya Newton second law, formula F = ma, Boyle's law ,PV...dan contoh prinsip, prinsip keabadian tenaga..So kumpulkan semua law yang ada dengan formula dan kumpulkan prinsip yang ada .. buatkan dalam satu nota peta minda untuk kedua dua prinsip dan hukum ni..Bezakan antara prinsip dan formula.Untuk anak anak murid saya, saya dah wajibkan diorang untuk buat flash card iaitu flash card untuk law..untuk principle dan term physics..Flashcard ni senang dibawa kemana saja sebab ia mesra pengguna...

Okey ..selamat mencuba ye..ingat..fizik is fun..

physics is fun

               Physics is fun.....Mereka telah buktikannya

9 comments:

  1. terima kasih cikgu. saya akan cuba untuk score physic :)

    ReplyDelete
  2. Sama sama yasmin suraya..semoga cemerlang dlm spm ..amin

    ReplyDelete
  3. Cikgu boleh cikgu trgkan bab daya paduan dan leraian daya mggunakn ayt cikgu?sy tak berp fhm bab tu..tk:)

    ReplyDelete
  4. maaf ninna ara hani..tajuk ni tak boleh nak terangkan dengan ayat.sebab ada pengiraan...
    leraian daya ialah dimana satu daya nak dipecahkan kepada dua daya iaitu arah mengufuk(x) dan arah menegak (y).. leraian daya tu konsepnya mudah ,hanya menggunakan formula sin, kos atau tangen. bina segitiga bersudut tegak untuk dapatkan fx dan fy dengan menggunakan formula tersebut

    untuk daya paduan pula ada dua cara samada dengan keadah segitiga daya atau kaedah segiempat selari.Dimana terdapat dua daya dipadukan menjadi satu daya paduan.Mesti gunakan kaedah matematik iaitu tajuk pembinaan , topik math form 2..

    ReplyDelete
  5. Ooo...terima kasih banyak cikgu..

    ReplyDelete
  6. Cikgu saya nak tanya lagi boleh? Hehe.. 1)kenapa apabila kita berada di ggunung lebih sejuk berbanding di bawah sedgkan di atas gung lebih dekat dgn matahari..
    2) mgapa apabila cermin yg sama terpech 2 dan apabila kita lihat muka kita akn mnjdi dua?
    Terima kasih banyak2 cikgu..selamat hari raya aidiladha..😁😁

    ReplyDelete
  7. Nina..tq atas soalan tu..utk soalan no
    1.semakin tinggi dr prmukaan bumi kita akan rasa semakin sejuk walaupun semakin hampir dgn matahari..ini krn semakin jauh dr bumi semakin kurang tarikan graviti bumi..semakin tinggi dr permukaan bumi semakin kurang udara disitu berbanding di permukaan bumi...apabila udara kurang..perlanggran antara zarah juga berkurang menyebabkan suhu rendah dan tekanan di puncak gunung juga rendah..itu jaw mudah dan ringkas ..
    2.bila cermin pecah 2 atau tiga atau seribu pun..kita akan dpt melihat imej kita menjadi lebih banyak krn setiap cermin trsbut akan memantulkan semula objek menghasilkan imej dr setiap cermin..

    Harap jawapan ni dpt membantu..

    Anda boleh komen jawapan ..mungkin anda yg lain ada pendapat yg berbeza?

    ReplyDelete
  8. Wah..terima kasih cikgu..soalan no 1 sy pernah tanya pd cikgu sy xpi sy x brp faham dgn penjelasn beliau.. beliau mengaitkan tntg muatan haba ..boleh cikgu beri penjelasan..:) tqvm

    ReplyDelete
  9. Terima kasih cikgu... seorang ahli astronomi.. cuma satu subjek yang sedang menghalang cita-cita saya... dengan pertolongan cikgu! Saya akan sentiasa berseronok semasa subjek fizik!

    ReplyDelete