Friday, 1 April 2016

6 LARANGAN SEMASA BERPANTANG

Assalamualaikum ibu-ibu gojes diluar sana.Hari ni kak su nak berceloteh tentang ibu ibu berpantang pula.Apa yang akak perhatikan, anak-anak muda sekarang memang kurang mengambil berat tentang amalan berpantang.Amalan berpantang yang telah nenek moyang kita perturunkan memang sangat banyak kebaikannya.Mungkin dengan amalan berpantang mereka dahulu, nenek moyang kita kurang mengalami masalah kewanitaan seperti peranakan jatuh, masalah keintiman dan sebagainya.

Kepada bakal-bakal ibu sekelian, kak su nak kongsikan sesuatu yang mungkin dapat membantu bakal ibu di luar sana untuk mengamalkannya semasa berpantang nanti
LARANGAN BERPANTANG

6 LARANGAN SEMASA BERPANTANG

1.JANGAN BANYAK BERJALAN DALAM TEMPOH SEMINGGU

Peranakan dikatakan akan cepat sembuh apabila anda merapatkan  kaki  semasa tidur.untuk memanstikan kaki ibu rapat biasanya kita akan memakai bengkung ,so tak la terkankang pula masa tidur .Kita digalakkan hanya duduk diam diatas katil selama seminggu

2.MANDI BERDIRI

Semasa mandi hendaklah duduk di bangku .Cara ini dikatakan dapat menjaga kesihatan peranakan.Dengan duduk di bangku , kita tak menggunakan tenaga disebabkan ibu yang melahirkan dalam keadaan lemah

3.PANTANG 100 HARI

Ini memang jarang orang nak buat.Biasanya kita dengar ibu berpantang 44 hari.Tetapi bagi memastikan peranakan kembali normal ibu -ibu digalakkan berpantang dalam selama 100 hari.Dalam tempoh ini kita tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin dengan suami .Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan dan kesihatan

4.DUDUK BERSILA

Samada bersalin secara normal atau pembedahan , ibu-ibu digalakkan untuk duduk bersimpuh dengan merapatkna dua belah lutut .Cara ini dikatakan mampu mempercepatkan penyembuhan luka-luka lepas melahirkan.Jangan buat-buat lupa,semasa menyusukan anak, ibu duduk bersila, alamatnya memang jahitan boleh terbuka ,silap silap kena jahit sekali lagi.

5.JANGAN MENJAHIT

Elakkan menjahit atau membaca semasa dalam pantang.Ini kerana keadaan fizikal kita masih lemah untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.Jika amalan menjahit atau membaca sewaktu berpantang sering dilakuan, kemunginan besar mata akan rabun

6.ELAKKAN DARI IBU JARI TERHANTUK

Nenek moyang sering berpesan, mesti pakai sokin dan kalau boleh pakailah kasut lembut bertutup dibahagian depan.kasut ala-ala princess tu.Ibu-ibu mesti pastikan kita berjalan dengan perlahan dan berhati-hati untuk mengelakkan ibu jari terhantuk .Ada kalanya jika terhantuk ,ia boleh menyebabkan kita pitam atau bentan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu atau bakal ibu di luar sana untuk lebih prihatin tentang penjagaan diri.Penting sangat kita berpantang dengan baik , jika tak nanti muda-muda lagi dah sakit sana sini  dan muka pulak pucat lesi tidak bermaya dan nampak tua sebelum waktunya.

Untuk memastikan ibu berpantang cukup rehat dan cukup nutrisi ,akak mencadang set berpantang ini.KLIK DISINI

2 comments:

  1. Actuall pantang 44 days not 7 days.....its good for your body (long term kpi) ...well up to u ...yr body

    ReplyDelete
  2. Biasanya saya berpantang memang 44 hari..100 hari tu belum pernah cuba..hihi

    ReplyDelete