Pernah tak anak-anak ibu diluar sana mengalami sembelit? Bagus la kalau tak pernah.Tapi anak akak memang pernah pun.Tapi jarang jarang sekali.Apa yang akak perasan, sembelit berlaku bila anak-anak kurang minum air terutamanya dimusim panas sekarang ni.
Kalau kita sebagai orang dewasa pun tak tahan sakit bila diserang sembelit.Inikan pula anak kecil kita kan..
Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan otot dan akan melambatkan pengeluaran najis. Semakin lama najis itu tidak dikeluarkan, najis itu menjadi keras dan kering sehingga akhirnya kanak-kanak akan berasa sakit untuk membuang air besar.
Biasanya, kanak-kanak yang masih menyusu badan jarang mengalami masalah sembelit. Air besar dibuang beberapa kali dalam sehari dengan konsistensi najisnya lembut atau cair.
Bagi kanak-kanak yang diberikan susu formula pula, mereka akan membuang air besar sekali sehari atau sekali dalam tiga hingga empat hari.Tapi kedua-dua keadaan itu adalah normal dan bukanlah tanda-tanda sembelit jika najis mereka tidak keras atau berketul-ketul.
Lazimnya, bayi boleh sembelit pada usia enam bulan iaitu pada tempoh pengenalan makanan pejal kepada mereka. Jika salah pemilihan makanan, mereka mudah mengalami sembelit.Mesti ibu ibu pernah ada pengalaman.Selepas sahaja bayi kita dilahirkan doktor mesti akan tanya ,adakah anak kita sudah membuang air kecil atau belum?Selagi bayi tidak membuang air kecil dan air besar, maka jangan la mimpi untuk keluar dari hospital.Tau tak kenapa?
Sudah pasti ada sebabnya.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik Hospital KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, kanak-kanak yang sembelit perlu dipastikan keadaan itu berlaku bukan disebabkan sembelit ketika lahir yang berpunca daripada kekurangan ganglion (sel) pada usus yang berpunca daripada beberapa penyakit, antaranya hirschsprung.
Ini mungkin menandakan bayi tersebut mengidap penyakit lain yang merbahaya.
1.KEKURANGAN SERAT
Keadaan itu boleh terjadi ketika proses pengenalan makanan pejal kepada mereka yang mana makanan yang diberi tidak sesuai dengan keadaan bayi. Dalam pemberian makanan pejal kepada bayi berusia enam bulan, ibu bapa perlu membuat pengubahsuaian terhadap makanan agar sesuai dengan mereka.Perkara itu dapat dipastikan dengan melihat keadaan najis bayi mereka dalam tempoh beberapa hari selepas makanan diperkenalkan.
2.KEKURANGAN AIR
Disebabkan pemberian makanan pejal, air kurang diberikan sebagai tambahan kepada susu.Apabila air tidak cukup, makanan yang diambil adalah pejal dan menyebabkan apabila sampai ke usus, air menjadi kurang. Badan bertindak menyimpan air, jadi akan menarik air pada bahagian bahan buangan, sebab itu najis akan menjadi semakin keras.
Bagi kanak-kanak pula, apabila mereka sudah mula berjalan dan berlari, berilah air dengan lebih banyak kerana jumlah keperluan air pada usia adalah berbeza mengikut keadaan mereka
3.KARBOHIDRAT seperti nasi dan roti merupakan antara makanan yang mudah menyebabkan sembelit.
4.Pemberian susu formula kerana susu formula sukar dihadam oleh usus bayi
KOMPLIKASI SEMBELIT
1. Bayi atau kanak-kanak kurang selera makan serta sakit kepala .Ini boleh berlaku kerana apabila kanak-kanak mula berasa sakit untuk membuang air besar, mereka enggan makan kerana apabila makan mereka akan membuang air besar sekali gus akan berasa sakit.
2.Masalahnya, apabila najis keras bayi akan berasa sakit untuk membuang najis.Apabila itu berlaku, bayi akan tahan untuk tidak membuang najis sehingga beberapa hari kerana mereka tahu jika berbuat demikian akan berasa sakit dan ini mengundang masalah lain
3.Masalah sembelit yang berlaku terlalu lama juga menyebabkan najis akan bertakung dalam badan dan apa yang berlaku kencing akan menjadi tidak lawas dan memudahkan jangkitan kuman kepada pundi kencing pula.
RAWATAN SEMBELIT
1. Mengambil jumlah air yang cukup
2.Makan makanan tinggi serat seperti sayur sayuran, jambu, epal serta betik
3.Bagi rawatan segera, kanak-kanak sembelit akan diberikan ubat untuk memudahkan mereka membuang najis selain ubat tahan sakit bagi mengelakkan mereka berasa sakit di bahagian tempat keluar najis.
4.Rawatan tradisional pula, lazimnya ibu bapa boleh menyuruh anak-anak bermain dalam air suam supaya bahagian punggung mereka kurang rasa sakit di samping boleh melakukan urutan di bahagian kaki dan perut untuk membuang angin dan membantu untuk melancarkan proses membuang air.
5.Pemberian kapsul probiotik untuk membantu penghadaman di bahagian usus kanak-kanak selain kelancaran untuk membuang air besar.
6. Ibu bapa perlu kreatif untuk membolehkan kanak-kanak makan sayur dan buah secukupnya dalam hidangan harian
7.Bagi anak yang berusia 2 tahun keatas anda boleh mencuba meal shake yang berbentuk serbuk.Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sembelit atau kurang selera makan.
JOM ATASI MASALAH SEMBELIT ORANG DEWASA
Kak su
010 8798077
No comments:
Post a Comment