Dewasa ini denggi merupakan satu penyakit yang banyak meragut nyawa tanpa mengira usia.Tiada vaksin khas untuk merawat demam denggi.Ia telah lama menular di Malaysia yang mempunyai cuaca panas dan lembab .Demam denggi yang dialami oleh orang dewasa pun tak dapat tertahan sakitnya inikan pula jika ia menyerang pada si kecil.
Bagi anda yang tinggal dikawasan yang tinggi kes denggi, satu-satunya cara ialah untuk mengurangkan pendedahan kepada gigitan nyamuk aedes.
Berikut dikongsikan 6 langkah pencegahan wabak denggi
7 CARA LINDUNGI SI KECIL DISERANG DENGGI
1.Gunakan jaring yang nipis pada pintu dan tingkap.Pastikan tempat jaring yang terkoyak dibaiki segera
2.Pakaikan sikecil dengan baju lengan panjang, seluar panjang , kasut dan sarung kaki ketika bermain diluar.
3.Elakkan memakai pakaian yang berwarna gelap kerana warna gelap akan menarik perhatian menghurung dan risiko digigit nyamuk adalah lebih tinggi.Pakaikanlah baju berwarna cerah.
4.Memasang kelambu dan tidur didalamnya pada waktu malam.
5.Menggunakan penghalau serangga .Pilih penghalau minyak kayu putih yang mesra kulit atau DEET .
6.Hadkan masa anak menghabiskan waktu bermain di luar di siang hari ,terutamanya pada senja dan subuh kerana nyamuk aedes paling aktif pada waktu ini.
7.Pastikan setiap tempat berisiko nyamuk membiak dibersihkan seperti pasu di dalam rumah, air bertakung dan sebagainya.
Demam denggi berdarah iaitu sejenis jangkitan denggi yang teruk selalunya menjangkiti mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi.Oleh itu pencegahan adalah pilihan yang paling tepat.
No comments:
Post a Comment