Saturday 13 August 2016

APA NAK BUAT BILA DAH TAHU ANDA HAMIL?

Assalamualaikum .Syukur alhamdulillah.Hari ni  kak su nak kongsi pengalaman kali pertama disahkan mengandung.Biasanya kalau kali pertama mengandung mesti kita tak berapa nak tau sangat kan simptom-simptom ibu mengandung.Tapi kalau period lewat dari biasa, bolehla beli alat uji kehamilan.Dulu zaman-zaman akak RM 15 je.Sekarang tak pasti.Sebab dah lama tak guna...hihi

buku merah mengandung

Bila dah confirm mengandung dengan alat pengesan kehamilan bolehla kalau nak yakin lagi kita pergi ke klinik swasta yang ada scan tu.Kalau di awal kehamilan memang susah sikit nak nampak.Tapi kalau dah 8 minggu mungkin lebih jelas.Doktor akan sarankan kita daftar di klinik kesihatan yang berhampiran.

Di nasihatkan agar ibu-ibu yang nak ke klinik , kalau boleh hubungi dulu klinik kesihatan tersebut untuk kita tahu apakah keperluan atau dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar.Dari pengalaman kak su , semasa pendaftaran mereka memerlukan sijl nikah.Sijil nikah ni wajib kalau kandungan tu anak sulung.Satu lagi, ibu-ibu kenalah ingat tarikh terakhir datang haid.Jangan main teka-teka je tau.Tarikh akhir tu digunakan untuk menganggar tarikh bersalin.Apabila siap mendaftar ibu-ibu akan diberi buku berwarna merah.Akak panggil "buku merah".Nurse akan mencatatkan semua sejarah silam keluarga seperti sakit kronik, pernah ada kelahiran pramatang dan sebagainya.

buku merah

Kak su pun tak berapa nak pandai sangat dulu.Almaklumla anak sulung.Tak sangka tarikh akhir haid tu penting sangat.Sebab akak waktu dari anak dara haid memang tak berapa nak teratur.Dan akak ni jenis tak catat tarikh-tarikh period ni.Kalau kita tak ingat tarikh secara tepat, kebiasaannya dalam tempoh temujanji tu, doktor akan membuat imbasan pada kandungan untuk mengukur saiz kandungan samada ia sesuai dengan tempoh mengandung.
Setiap kali pemeriksaan ibu ibu akan dibekalkan dengan asid folik serta ibu-ibu akan diterangkan tentang penjagaan kesihatan sepanjang kehamilan.Melalui pemeriksaan berkala ni akan dapat membantu pembentukan janin yang sihat selain pemantauan rapi pada perkembangan janin dan kesihatan ibu mengandung.

buku merah

Ibu-ibu pun kena pastikan hari pemeriksaan adalah pada hari yang ditetapkan sahaja.Kalau klinik Kesihatan Masjid Tanah, pemeriksaan ibu mengandung hanya pada hari Isnin hingga Khamis sahaja .Masa dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang

3 TIP SETIAP KALI MEMBUAT PEMERIKSAAN BULANAN

  1. Bawa sijil nikah dan jadual haid semasa penddaftaran
  2. Sila pastikan klinik kesihatan yang ibu-ibu daftar itu adalah dibawah seliaan klinik kesihatan tersebut.Call dulu sebelum datang
  3. Bawa bahan bacaan setiap kali pemeriksaan supaya dapat mengisi masa akibat terpaksa menunggu terlalu lama.

Untuk ibu ibu dapatkan nutrien yang lengkap sepanjang kehamilan serta kesihatan janin dan ibu yang optimum sila klik DISINI.

Jika ibu-ibu ingin mendapatkan khidmat nasihat atau berkongsi pengalaman bolehla hubungi kak su 
010 8798077

No comments:

Post a Comment