Korang tahu tak apa tu HLP? Dulu saya pun tak tahu.Baru sekarang tahu sebab dulu tak berapa amik pot sangat .Bila suami jumpa dengan cikgu sekolah lama dari SMK Bukit Piatu, dulu bekas gurunya seorang guru Fizik kesayangannya.. dan kini telah menjadi pensyarah kanan di IPT di Malaysia .Beliau bercerita tentang HLP...cik suami yang exited suruh saya mohon sambung belajar.Walaupun isteri dia ni rasa malas nak jadi students semula.Bila kawan kat sekolah pula bagi galakan..so saya pun isi borang ambil dari lawan web KPM.Nak dijadikan cerita.Dapat pula panggilan temuduga.
Temuduga tersebut adalah pada hujung bulan September tahun 2015.Dan kebiasasaanya keputusan akan keluar pada awal tahun 2016.Tapi tak diumumkan keputusan tu.So ..ingatkan tak dapat dah..almaklumla krisis ekonomi juga main peranan...
Pada bulan Ramadhan yang lepas pada puasa yang ke 2, result untuk HLP diumumkan....BERJAYA..tapi..tapi..tapi..Tawaran tersebut adalah tawaran BERSYARAT..Peserta kena hadiri kursus dan juga LULUS ujian semasa kursus tersebut baru la dipilih untuk menyambung pengajian.
Ada banyak syarat-syarat yang ditetapkan..antaranya ilah..kalau tak dapat habiskan pengajian dalam tempoh 2 tahun..atau tak Graduate On Time (GOT) maka..bayaran balik akan dikenakan..boleh tahan sikit oiii..RM 100K tu...huhu..
Hari Isnin 1 Ogos 2016..pertama kali menjejakkan kaki di Institut Aminudin Baki Genting Highland.Hari ni bermulanya kursus selama seminggu untuk persediaan bakal pascasiswazah dalam skim tajaan KPM iaitu HLP( Hadiah Latihan dalam Perkhidmatan).
Terima kasih kepada cik suami Azally yang rajin nak uruskan kursus wife dia ni.Bilik ? selesa tapi yang tak berapa nak bestnya bila duduk dalam bilik sorang sorang.Boleh tahan agak seram juga.Biasa la first time kan.
So sepanjang watu petang tak da apa-apa aktiviti.Sehinggalah waktu malam.Jam 8,30 malam sesi bermula.Taklimat dari wakil Bahagian Tajaan Pun Engku Hartini yang cantik manis ..sesi perkenalan dan taklimat perjalana program.Kami adalah terdiri dari 50 orang dari bahagian Kementerian pendidikan termasuk guru dan staff dari KPM.
Sesi perkenalan "ice breaking" 8 kumpulan masing-masing kreatif memperkenalkan kumpulan masing-masing.Boleh tahan riuh semuanya..macam-macam aksi tagline kumpulan masing-masing.
Habis sesi jam 10.30 malam.Perjalanan ke tempat kursus dan penginapan agak jauh dan yang paling awsome sekali ialah , kami terpaksa menaiki tangga yang curam dan fuhhhh..boleh tahan tinggi..kata diorang ada 114 anak tangga. Peserta kursus ni bukannya muda-muda lagi..dah jejak 30 ke 40 an sudahhh...naik tangga mencungap..sampai separuh..stop..sakit kaki la oiii...bayangkan pergi dan balik naik tangga yang curam t dan naik lagi tangga bangunan nak ke kelas...mas tu tak pandai lagi..belum jumpa lif...
Peserta tertua kami ialah pada usia 46 tahun.Seorang ibu walaupun 46 tahun tapi macam 30an jer..peserta termuda ialah 28 tahun.Guru wanita dari Melaka..yang lain-lain tu berusia sekitar 30 ke 40an.
Jiran sebelah bilik merangkap best friend..Kak Norlita dan Farhana...
Hari kedua kami dapat tahu ada seorang dari pesertadah tarik diri.Emmm..sedih juga.Kami pun tak pasti kenapa dia tarik diri.Bak kata penganjur program..sepanjang 2 tahun sambung belajar ni perlu ada komitmen yang sangat tinggi.Kalau awal-awal rasa tak mampu lebih baik tarik diri...mungkin dia ada sebab kenapa dia tarik diri.
Tapi bagi peserta lain masih lagi bersemangat meneruskan perjuangan...
Di asrama...keadaan yang sejuk dan nyaman..tapi..agak suram dan menakutkan..bilik berkembar dua dimana tandas dikongsi.Tapi saya ni tak kenal pun dengan jiran sebelah.Waktu malam memang sunyi.Tak dapat nak tidur sampai pagi.Belum dapat sesuaikan diri .Masuk hari kedua baru la hilang rasa takut tu..dah dapat kenal jiran sebelah bilik baru lega rasanya...tidur sejuk macam buka air cond..
Hari kedua...
rasanya sambung next entry la ye...hihi..
Assalamualaikum. . Boleh share contoh penulisan proposal?
ReplyDeleteT. Kasih