Saturday 6 January 2018

KOMPLIKASI BATU KARANG MEMBAWA KEPADA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

Batu karang adalah kristal yang terbentuk akibat daripada kepekatan air kencing yang tinggi yang terbentuk samada dalam ureter, dalam buah pinggang atau di pundi kencing.

Batu karang yang terbentuk di buah pinggang atau ureter menyebabkan halangan air kencing untuk mengalir. ini menyebabkan jangkitan kuman pada buah pinggang atau boleh membawa kepada pembentukan nanah. Akhirnya jangkitan ini masuk kedalam darah dan pesakit akan mengalami masalah dan perlu dirawat segera. Mereka perlu mendapatkan antibiotik dan halangan air kencing yang mengalir di atasi dengan memasukkan tiub kedalam ureter atau tiub kedalam buah pinggang untuk alirkan air kencing yang telah dijangkiti kuman. 


halangan yang kronik akan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Jika halangan tersebut berlaku di kedua-dua belah buah pinggan, maka pesakit akan mengalami kegagalan buah pinggang. 

Batu karang di pundi kencing juga boleh menyebabkan jangkitan kuman. Batu ini menghalang dengan tersekat pada pangkal pundi kencing.Dalam situasi ini, pesakit tersebut akan menghadapi kesukaran membuang air kecil dan terdapat pengumpulan air kencing. Jika ia berlaku untuk tempoh yang lama tekanan kebelakang mungkin akan memberi kesan kepada ureter dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Otot pada pundi kencing yang gagal mengeluarkan halangan tersebut akan meregang dan kemudiannya menjadi kegagalan otot. Ini adalah penting kerana pesakit mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing dari pundi kencing biarpun batu tersebut telah dikeluarkan.

Jika batu karang kurang dari 4mm , ia akan keluar sendiri. Tetapi pesakit perlukan rawatan jika batu tidak keluar dan menyebabkan kesakitan. batu boleh membesar dan kompilaksi seperti jangkitan kuman akan berlaku. Fungsi buah pinggang akan semakin lemah dan akhirnya rosak.

Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)

pembuangan batu dengan cara menggunakan gelombang yang dikeluarkn oleh mesin yang akan  menembusi badan pesakit dan memecahkan batu kepada ketulan kecil. Serpihan kecil akan keluar melalui air kencing. X-ray digunakan untuk kesan loaksi batu karang tersebut. Cara ini sesuai dikalankanuntuk batu karang yang kurang dari 2 cm dan berada di dalam ureter .Ini adalah prosedur pesakit luar dan biasanya pesakit akan diberi suntikan penahan sakit dan ubat tidur. Batu yang lebih besar memerlukan beberapa kali siri rawatan.
Kesan lebam mungkin boleh dilihat di bahagian belakang. Lazimnya terdapat kencing berdarah, kadangkala pendarahan ini akan menyebabkan darah beku yang besar di sekeliling atau di dalam buah pinggang. Jika terlalu besar, ia akan menekan buah pinggang. Jangkitan boleh berlaku dan pesakit akan demam dan sakit belakang. Serpihan batu itu mungkin tidak keluar kesemuanya dan akan membentuk jalur yang menghalang ureter. Oleh kerana itu tiub akan dimasukkan untuk mengeluarkan air kencing dari pundi kencing dan buah pinggang sebelum ESWL.




Penjagaan Buah Pinggang>>>>>>KLIK SINI
Percutaneous Nephrolithotomy

Hirisan kecil akan dilakukan pada belakang pesakit di bahagian pinggang untuk memasukkan alat berteleskop. Batu karang dilihat dan dipecahkan dengan laser, ultrasound atau angin. Di akhir rawatan, pesakit akan ada tiub sementara untuk mengalirkan air kencing . Pesakit perlu dibius penuh dan sesuai untuk pesakit yang saiz batu karangnya lebihj dari 2 cm dan gagal ESWL. Komplikasi mungkin berlaku dengan jangkitan kuman dan pendarahan semasa rawatan. 


Ureteroscopy
Prosedur ureteroscopy melibatkan memasukkan sejenis alat melalui urethra, pundi kencing dan ke dalam ureter. Batu karang akan dipecahkan, dikeluarkan dan tiub sementara akan dipasang dalam ureter untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dilakukan dengan bius penuh dan sesuai untuk batu karang dalam ureter yang besar, tidak dapat dilihat dengan x-ray atau gagal dipecahkan dengan ESWL. Komplikasi yang biasa termasuk kecederaan pada ureter, jangkitan dan pendarahan.


Pembedahan Terbuka
Ini jarang dilakukan sekarang kerana kebanyakan batu boleh dikeluarkan dengan cara yang lebih mudah. Untuk pesakit yang mempunyai batu karang yang besar, ia masih lagi menjadi pilihan. Kadangkala apabila buah pinggang dengan batu karang ini menjadi berparut dan tidak berfungsi dengan baik, ia akan dikeluarkan. Masih lagi ada peranan pembedahan terbuka untuk membuang batu karang yang besar.

CARA PENJAGAAN BUAH PINGGANG SENDIRI





Hubungi KakSu
0108798077

No comments:

Post a Comment