Thursday, 11 January 2018

PUNCA MASALAH KEBAS TANGAN DAN KAKI

Assalamualaikum. 
Nak cerita tentang suami kakSu . Dulu masa bujang memang dia seorang yang kurus kedengking. Badan pipih macam papan. Tapi bila usia semakin bertambah, hati makin senang ada isteri dan anak anak maka berat badan makin hari semakin bertambah. Makan pun memang ikut sedap tekak dan senaman memang jarang sangat la nak buat. Maklumla busy bekerja.


kebas kaki dan tangan

Bila usia semakin bertambah, badan mula cepat letih, selalu pening kepala dan pernah sampai satu tahap sakit dibahagian leher. Terasa tegang dan selalu sangat pening kepala. Masalah kebas kebas dibahagian kaki dan tangan mula terasa. 
Apabila buat pemeriksaan di klinik , kolestrol dalam badan suami kakSu memang tinggi. Perjalanan darah pun memang kurang elok. lagipun usia dah makin bertambah, kalsium dalam bdan pun makin kurang. Mula dari situ , barulah terasa nak jaga pemakanan dan bersenam. Alhamdulillah sekarang kolestrol dan berat badan masih terkawal.
Sebenarnya punca kebas tangan dan kaki ni berpunca dari banyak sebab. Jadi jika anda mengalami masalah kebas kaki dan tangan sila jumpa doktor dulu untuk tahu apa puncanya. Berikut adalah antara punca punca lain kebas tangan dan kaki yang mungkin anda diluar sana alami.
Rasa kebas ini terjadi kerana terdapat gangguan atau kerusakan pada saraf yang terlibat. 
kebas kaki dan tangan

9 SEBAB KENAPA KEBAS TANGAN DAN KAKI


1. Masalah urat saraf, Kecedaraan pada saraf akibat kemalangan ataupun terjatuh



2. Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap


3. Carpel tunnel syndrome (saraf median tertekan dikawasan pergelangan tangan), ini terjadi ketika saraf median (men-sarafi ibu jari, telunjuk, dan jari tengah) terjepit pada terowong dipergelangan tangan sehingga menjadi kebas


4. Kerosakan saraf akibat bahan bertoksik seperti budaya merokok dan meminum minuman beralkohol dengan masa yang telah lama


5. Kencing manis dengan gula darah tinggi yang tak terkontrol lama kelamaan akan menyebabkan kerusakan pada saraf perifer dan akan merasakan rasa kebas dan tangan terasa dingin.


6. Adanya gangguan penyakit hati, ginjal, adanya kerusakan pembuluh darah, keradangan, tumor, ketidakseimbamgan hormon, dan kanser.


7. Gaya hidup yang tak sihat dengan mengambil makanan yang tak seimbang dan jarang bersenam.


8. Tubuh kekurangan vitamin. Vitamin e, b1, b6 dan b 12 dan niasin sangat penting untuk fungsi saraf yang sihat. Kekurangan b12 contohnya akan menyebabkan anemia pernisiosa. Merupakan penyebab penting dari neuropati perifer. Namun, terlalu banyak b6 juga akan menyebabkan kebas ditangan dan kaki.


9.Kekurangan darah, berat badan berlebihan, wanita menopouse, dan sesiapa sahaja yang kekurangan kasium.




Entry seterusnya kakSu akan kongsikan tips untuk atasi masalah kebas kaki dan tangan. Stay tune.




No comments:

Post a comment