Monday, 15 June 2015

11 MAKANAN ATASI MASALAH HB RENDAH IBU MENGANDUNG


Makanan untuk meningkatkan hemoglobin – mencegah dan mengatasi kurang darah (anemia)

Hemoglobin akan terbentuk dalam tubuh ketika kita makan-makanan yang kaya zat besi. Berikut ini tentang sumber makanan yang menyediakan semua elemen yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin .



1 . Seafood :

Seafood adalah makanan sumber hemoglobin. Berbagai jenis makanan laut seperti tuna, kerang, lele, salmon, tiram dan sardin merupakan sumber hemoglobin yang baik.

2 . Daging :

Daging adalah sumber makanan paling kaya hemoglobin. Daging juga mengandung vitamin B – 12, yang juga berguna untuk membantu  menjaga tahap zat besi yang normal dalam tubuh. Daging merah adalah sumber hemoglobin terbaik.

3 . Telur :

Kuning telur merupakan sumber yang juga sangat kaya hemoglobin. Kuning telur kaya zat besi yang membantu tubuh untuk menghasilkan hemoglobin.

4 . Produk susu :

Produk susu seperti susu, buttermilk, dadih dan keju juga merupakan sumber hemoglobin yang baik.

5 . Kacang-kacangan :

Kacang-kacangan seperti buncis, kacang kering,  kacang kuda mengandung jumlah zat besi yang baik. Labu dan biji labu juga dapat membantu untuk meningkatkan tingkat hemoglobin dalam darah .

6 . sayuran :

Sayuran seperti  bayam, yang banyak tersedia di pasar sangat membantu dalam pembentukan hemoglobin. Hal ini membantu untuk meningkatkan tingkat jumlah sel darah merah.

7 . Buah :

Buah-buahan juga merupakan sumber terbesar dari zat besi. Buah juga banyak mengandung antioksidan, vitamin, dan mineral, yang sangat penting bagi tubuh manusia . Buah yang kaya akan zat besi adalah semangka, kismis, anggur,  apel, pisang, jeruk, strawberi ,jambu batu

8 . Rempah-rempah :

Rempah-rempah seperti thyme, jintan, oregano, kunyit, kemangi, kayu manis merupakan sumber yang kaya zat besi. Oleh kerana itu, jangan lupa untuk masukkan  rempah-rempah ini kedalam diet Anda.

9 . Biji-bijian :

Biji-bijian seperti ,  beras, beras merah, sereal dan roti juga merupakan sumber zat besi. Seluruh biji-bijian juga merupakan sumber serat terbaik.

10 . Buah kering :

Buah yang dikeringkan seperti aprikot, plum, kurma dan kismis adalah juga merupakan sumber hemoglobin. Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah kering akan membantu dalam membentuk pigmen merah dalam darah.

11 . coklat :

 Berita baik bagi penggemar coklat, kerana makan coklat yang diperbuat dari 60% koko juga dapat meningkatkan kadar hemoglobin. "Dark chocolate" adalah coklat terbaik bagi kesihatan, kerana dihasilkan
 dari 65% koko.

Sunday, 14 June 2015

9 CARA JAGA DIRI SEMASA BERPANTANG

Masa dalam pantang adalah tempoh masa yang paling membosankan.maklumlah ,kita dah biasa bekerja, naik kereta ke sana sini, boleh pergi shopping mana kita suka..makan apa yang tekak nak..Tapi bila dah berpantang , semua benda akan menjadi terhad..

Dik kerana bosan berpantang, ramai dikalangan ibu ibu yang tak sabar nak habis pantang,termasuklah saya.Nak tunggu 44 hari rasa macam 440 hari.Tiap tiap hari kira ,berapa baki nak berpantang.Walaupun dalam hati terasa sangat la bosan, tetapi semua pantang larang yang mak dah pesan tetap saya ikutkan.Kata mak..orang perempuan ni bila dah bersalin, segala urat urat banyak yang dah rosak, banyak kehilangan darah, luka dalaman yang tak nampak di mata. Jadi walaupun bosan terpaksa kuturutkan jua.Kalau tak di jaga , kesannya akan terasa bila usia menjangkau 40 tahun keatas.

Beruntunglah kalau ada penjaga pantang

Jadi hari ni saya nak kongsikan tips semasa berpantang

1. Ibu ibu sekalian, apabila dah selesai bersalin, nak jalan, pastikan jalan dengan perlahan lahan, jangan dok jalan macam orang tak sakit.Dirisaukan luka jahitan akan terbuka.Sakit tau kalau nak jahit semula

Banyakkan berbaring. Sewaktu berpantang, memang kita dinasihatkan agar banyak berehat. Baringlah sambil bertungku dibahagian pinggul, tapak kaki.

3. Sentiasa memakai stokin bagi mengelakkan masuk angin melalui tapak kaki.Stokin yang dipakai pula mestilah yang tebal .

4. Banyakan makanan yang lembut dan mudah ditelan seperti bubur nasi, buah buahan dan sayur sayuran bagi mengelakkan sembelit.Ramai dikalangan ibu lepas bersalin yang mengalami sembelit..tak terlepas ,saya juga..nak tahu macamana nak elak sembelit..klik sini.

5.Amalan mandian dan kebersihan diri.Walaupun kita berpantang, kebersihan diri haruslah dijaga, mandi setiap hari, diawal berpantang, mandi hanya sekali sehari .Biasanya mak saya kata tak nak luka kembang kalau selalu sangat mandi.Pastikan kawasan luka dikeringkan.
Kebersihan yang tidak dijaga boleh menyebabkan jangkitan pada luka dan ia memudaratkan jika berlarutan.

6. Rehatkan fizikal secara mental dan fizikal.Minta suami untuk membantu untuk menguruskan anak juga.Rehat sangat perlu bagi mengelakkan tekanan perasaan .Tekanan perasaan berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan lain seperti meroyan atau bentan

7.Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.Pengambilan jamu di awal kelahiran tidak digalakkan kerena berkemungkinan perut bayi belum mampu menerima hasil daripada jamu tersebut yang diperolehii dari susu ibu.Pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu ibu bertambah sihat dan menggalakkan penghasilan susu ibu.

8.Sentiasa mengamalkan bertungku.Paling baik masa bertungku ialah selepas mandi disebelah pagi. Selepas selesai bertungku, eloklah jika berbengkung.Berbengkung membantu perut ibu kembali tegap dan tidak menggelembir.
bertungku
Amalan bertungku melancarkan perjalanan darah


Daun mengkudu untuk membalut tungku

9. Berurut tidak kurang pentingnya.Bidan yang mengurut akan membantu melancarkan perjalanan darah dalam salur darah yang sudah terganggu serta dapat mengembalikan kedudukan peranakan ditempat yang sepatutnya.Kadang kala selepas berurut, susu ibu bertambah pengeluarannya .


Bagi ibu ibu yang inginkan makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi, ibu ibu boleh mengamalkan set berpantang  kerana set ini sangat selamat digunakan oleh ibu berpantang selepas sahaja melahirkan anak.Dalam set berpantang ini juga terdapat set yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan membantu ibu ibu kembali langsing  ke bentuk badan asal sebelum mengandung.


Dulu semasa dalam pantang anak pertama , adik ni sembelit yang amat sangat sampai trauma nak mengandung lagi.. jom la layan video ni...




Jika mummy mummy semua nakkan tips untuk kurus lepas bersalin, boleh hubungi akak tau . Atau klik SINI untuk kenal akak lebih dekat. Lagi cepat whatapp je kak su 0108798077


Wednesday, 10 June 2015

07:46

TIPS MENGURUS 5 ANAK


Cuti kali ni kami sekeluarga memang la tak kemana-mana.suami busy nak siapkan rumah sendiri dan siapkan rumah orang ..Maklumlah dah nak puasa ni.Saya pula busy nak marking paper exam yang baru selesai sebelum cuti..setakat pergi jalan jalan dekat dekat jer lah..Firdaus pun tak da ..ikut robongan ke Sabah yang pada asalnya akan mendaki gunung Kinabalu tetapi terpaksa dibatalkan kesan dari gempa bumi di Ranau..

Kadang-kadang ada yang tanya ,macamana saya urus anak ramai-ramai ni? Ramai ke?..ada lagi orang yang ada anak lebih ramai dari saya..ini baru 5 orang ,kalau ibu tiriku lagi power...12 orang satu mak satu bapa..  Anak sulung saya lelaki Firdaus 17 tahun, Dina 14 tahun, Faiz 12 tahun, Dania 7 tahun dan Faheimy 3 tahun..Selang bunga..walaupun badan saya ni kecik..dapat juga Allah kurniakan saya 5 cahaya mata..alhamdulillah 

Ada juga orang tanya,macamna nak urus anak ramai akak ni..nak mengajar lagi..hari hari balik sekolah paling cepat sampai rumah pukul 4 petang..bila masa nak masak, nak kemas rumah,nak buat shaklee?

Jom la korang baca pengalaman saya ni..kalau boleh di contohi, contohilah..kalau tak..abaikan saja...

Macam macam kerenah anak anak nih..

TIPS HANDLE 5 ANAK


  •  anak anak saya dah ajar dari mula sekolah darjah satu lagi..basuh kasut sekolah sendiri ,gosok baju sekolah sendiri...kalau ibu nak gosok ..4 orang punya baju..sekolah pagi sekolah petang..fuh..alamatnya memang tak dapat buat kerja lain la jawabnya..mula mula memang diorang tak nak..kalau tak nak..suruh sampai nak..ajar la macamna nak basuh kasut,nak gosok baju..jangan marah kalau diorang buat tak elok, terima je..lama lama ok la..

  • setiap orang ada tugas sendiri untuk tolong ibu, Firdaus akan tolong basuh baju,..pakai mesin basuh ok..bukan basuh pakai tangan..lepas masuk baju dlm mesin dia..bumm tido..bila dah siap..dia la tukang sidai..

  • Dina..tugasnya, angkat kain...sebelum abang sidai,kain dah siap angkat..lepas tu dina akan lipat kain masa tengok tv cerita indon..."my heart"...tapi kalau mak nye tak check..kang mata dia yang bulat tu jer menonton..tangan nya beku..hehe..

  • Majlis perbandaran Londang tugas Faiz..hehe..sampah ada dua ..satu sampah kering satu sampah basah..yang basah..kasi itik nenek..kenyang itik nenek..yang kering bakar kat tempat sampah...

  • dania dengan faheimy..diorang paling best..tukang sepah..tapi..tukang kemas mainan..tugas dania lah..kalau tak kemas ibu sapu dan buang terus dalam tong sampah..keke

  • tugas lain..tandas..sapa punya tandas dialah cuci.. QC akan check.kalau tak bersih..cuci semula...

  • bilik tidur..tak pernah ibu kemaskan..sapa tidur..dialah yang kemas..mula mula memang la senget benget..tapi lama lama lepas kena sound ..elok lah..

  • baju yang dah berlipat..pun sendiri angkat..sendiri susun..ibu biasalah..QC ...tak elok ,kena tegur..susun semula..

  • paling best ialah masa bulan puasa..selepas ibu selesai masak..Dina tukang hidang..Firdaus buat air, Faiz susun cawan dan pinggan..Dania kadang kadang tukang susun sejadah untuk solat berjemaah Maghrib..Feheimy...tukang tumpahkan air..
Lepas berbuka..solat..sambung makan..Firdaus ,Dina dengan Faiz akan bergilir-gilir kemas meja, basuh pinggan dan buang sampah...setiap hari sepanjang bulan Ramadhan...so lepas solat maghrib,memang semua di dapur dah clear dan bersih dah...

Lepas selesai solat maghrib, mereka semua ada tugasan masing-masing, mengaji Quran , Faiz tiap tiap malam kelas tusyen, siapkan homework, ulangkaji dan faheimy..penyeri rumah dengan keletahnya akan lelap menjelang 8.30 malam..maka bermulalah part time ibu pula..."shaklee time"

Haaa..itu lah ceritanya macamna nak handle anak saya....bila semua dah ada tugasan,tak dalah nak jelous..Sekaranglah masanya kita nak didik mereka untuk bantu mak ayah kat rumah..kalau tidak mereka siapa lagi..Cuma ,biasalah la kan ,anak anak ni..kena banyak kali diulang ulang ..kalau tak disuruh tak buat..bila dah selalu buat ,akan jadi habit..biarlah lelaki juga diajar utnuk membantu kerja kerja rumah..nanti bila dah berkeluarga dah tak kekok nak bantu isteri..tak gitu..?


Selamat Menyambut Ramadhan al mubarak..semoga hari ini lebih baik dari semalam

#duniakuinspirasiku...


HIKMAH DISEBALIK GEMPA BUMI DI SABAH

Khamis 4 Jun 2015

Hari ini adalah hari terakhir program Perkampungan Intelek di sekolah ..selesai program kira kira jam 10.30 pagi..Firdaus demam pulak ..mujurlah dah selesai program tu.So  saya dengan Firdaus ke Melaka untuk membeli kelengkapan mendaki ke Gunung Kinabalu pada 9 Jun 2015 hari selasa depan..Dalam demam demam pun Firdaus sanggup nak pergi beli kelengkapan naik  gunung..memang exited sangat la tu..Tak cukup nak beli  kat Sports Centre tu, kat Masjid Tanah pun beli lagi...Sampai rumah dah pukul 4 lebih..lega dah beli semua barang..Letih sangat..Firdaus makin demam dan tidur jer la ..Adik adik kat rumah pula exited tengok abang beli barang barang ..masing masing menerai ler.."Aus..dalam jadual yg cikgu bagi tu balik sini bila?"  Ahad la ibu..jawab firdaus...
"kalau pergi minggu ni kan bagus..tak da la letih nak pergi sekolah Isnin nanti"..

itu yg terdetik dalam hati aku..

Hari Jumaat 5 Jun 2015..

Masa tu suami baru lepas solat jumaat.Suami beritahu  ada gempa bumi kat Sabah.Nak kata terperanjat tak la juga..sebab masa tu suami saya pun cakap macam tak da apa apa jer yang pelik..dalam hati saya ingat gegaran macam yang selalu terjadi kat KL tu jer....so tak ambik kisah sangat..

Semakin hari semakin rancak kisah tentang gempa bumi di Sabah..di khabarkan ramai pendaki yang terperangkap di atas Gunung Kinabalu."Pergi bagitau dekat penganjur yg  daki Kinabalu tu , abang tak benarkan Firdaus pergi ..minta ditangguhkan " itulah reaksi suami saya selepas mendengar berita yang sangat mengejutkan dari tv  dan gambar gambar dari whassup....
 Selama 2 hari di National Conference ..hati masih tak tenteram fikir pasal Firdaus..Kisah yang menyayat hati dari artikel ini..


Ini artikel yang saya ambil dari AWANI..yang membuatkan hati kecut tak nak bagi Firdaus pergi..


Pagi Jumaat lalu, gempa bumi berukuran 6 skala Richter mengegarkan Ranau, Sabah. Ketika artikel ditulis, difahamkan seramai 19 mangsa dan jumlah itu dijangka meningkat.


mayat kinabalu

Bencana alam ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku di Malaysia selain tragedi tsunami pada tahun 2004.Liputan meluas mengenai tragedi gempa bumi Ranau ini kian memenuhi dada-dada akhbar dan portal-portal media.

Jumlah kesemua mangsa korban gempa bumi di Gunung Kinabalu adalah 18 orang dan semuanya sudah ditemui pada 7 Jun 2015. 11 Mayat ditemui pada 6 Jun 2015 manakala 2 mayat pada 5 Jun 2015 dan 5 mayat pada 7 Jun 2015.


Selain dari gambar gambar mangsa gempa bumi tersebar di media sosial..saya mula resah kerana pihak penganjur tidak menyatakan apa apa tentang perjalanan pendakian pada 9 hb Jun nanti..apapun yang terjadi kami rasa lega apabila pengumuman dibuat iaitu pendakan ke Gunung Kinabalu di tutup..sudah tentu pendakian tidak dapat diteruskan...syukur alhamdulillah



mayat kinabalu


Sebenarnya perancangan pendakian ini telah lama dirancang oleh penganjur sejak dari awal tahun 2015 lagi..kalau ikutkan hati, memang saya yang teringin sangat nak pergi.nak lihat kecantikan dan keajaiban Allah..merasai kesejukan di Kundasang dan indahnya pemandangan di atas puncak Gunung Kinabalu.Selama ni asyik dengar orang bercerita saja..expecially penganjur tegar Kak Zainani Ngah..Disebabkan anak yang masih kecil so saya bagi peluang untuk Firdaus merasai terlebih dahulu..tetapi..kita hanya mampu merancang..Allah yang menentukan..perjalanan pendakian di ubah kepada percutian di kawasan Kota Kinabalu dan tempat tempat pelancongan di Sabah ..

9 Jun 2015

Seawal 7.40 pagi Firdaus dah bersiap siap dengan beg pakaian untuk meneruskan percutian ke Sabah.Walaupun matlamat sebenar mendaki gunung Kinabalu terkubur pada ketika ini.Perjalanan yang dirancang diubah ke destinasi pelancongan lain di Sabah.

Semasa menunggu Firdaus naik bas, kami bersembang dengan seorang peserta pendakian yang telah beberapa kali mendaki...Ya Allah..sesungguhnya Allah masih sanyangkan Firdaus dan peserta peserta pendakian ni...katanya ..tarikh kejadian 5hb Jun 2015 adalah tarikh yang dipilih oleh pihak penganjur pada awalnya..Jika diikutkan jadual perjalanan asal 5hb Jun itu mereka berada di puncak gunung.Tetapi tarikh tersebut telah penuh maka di tukar kepada tarikh 9hb Jun 2015..Terasa sebak , sedih dan terharu..bayangkan jika tarikh tersebut Firdaus dan yang lainnya berada di sana..Allahuakhbar..syukurlah pendakian diubah tarikh...sujud syukur ..


Menanti masa untuk naik kapal terbang

Semoga perjalanan kalian melawat ke Sabah sentiasa di lindungi dan dirahmati Allah .Kepada keluarga mangsa mangsa kejadian gempa bumi yang kehilangan nyawa..di ucapkan takziah..semoga Allah memberi kesempatan kepada Firdaus untuk menawan puncak Gunung Kinabalu di lain waktu...
Kinabalu
Bersama cikgu Husaini..

tak dapat mendaki dapat pergi honeymoon jerlah kan

Tuesday, 9 June 2015

CARA CANTIKKAN KULIT

Alhamdulillah..macam tau tau jer bulan ni promosi vitamin kecantikan terulung…beli 6 percuma 1..kalau nak beli satu pun boleh berjimat juga...vitamin E sangat popular dikalangan kaum wanita..of course untuk kecantikan..memandangkan bulan Ogos ini bulan ramai yang naik pelamin..apa kata korang baca kenapa vitamin E ini menjadi pilhan wanita cantik diluar sana.Tiba masa raya dan naik pelamin dah cun gitew...

Kelebihan Vitamin E


Vitamin E adalah nama umum untuk 2 kelas molekul yang mempunyai aktiviti vitamin E dalam pemakanan iaitu

1- Tocopherol ( TCP) - Kumpulan kima organik (alpha, beta, gamma, delta)
2- Tocotrienol - Kumpulan semulajadi ( alpha, beta, gamma, delta)

MENGAPA MESTI VITAMIN E SHAKLEE?


Kerana 300 juta telah dilaburkan di dalam ujikaji dan penyelidikan dan pembagunan bagi memastikan setiap produk yang di gunakan adalah selamat dan berkesanDan bukti paling menyerlah ialah sebahagian besar daripada jutaan orang hidup lebih sihat ,lebih produktif .Sebelum produk ini berada ditangan pengguna shaklee terlebih dahulu memastikan yag ia benar benar seperti apa yang dikatakan..always safe, always works, always green...


     Sedikit maklumat mengenai Tocopherol :-
1- Tidak larut dalam air tetapi larut dalam minyak, lemak, alkohol, aseton dan ester.
2- Hanya boleh dicerna dengan bantuan hempedu sebagai pengemulsi minyak.
3- Tahan kepada pemanasan namun boleh vitamin boleh rosak jika suhu terlalu tinggi.
4- Akan teroksida secara perlahan-lahan jika terdedah kepada udara.
5- Akan bertukar warna kepada warna gelap secara berperingkat apabila terkena cahaya.

     Sumber asli Vitamin E boleh diperolehi pada :-
1- Sayuran (hijau, taugeh)                            8- Asparagus
2- Buah-buahan (kekacang)                         9- Pisang
3- Susu                                                       10- Strawberi
4- Mentega                                                 11- Biji bunga matahari
5- Telur                                                      12- Kacang buncis
6- Gandum                                                 13- Ubi-ubian
7- Minyak Jagung


     Kegunaan Vitamin E adalah :-

1- Meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
2- Baik untuk kesihatan kulit dengan meningkatkan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan diri, melindungi kulit dari kerosakan sinar radiasi ultraviolet serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

3- Sebagai antioksidan yang membantu melindungi struktur sel yang penting seperti membran sel.

4- Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan dari kerosakan dan juga melindungi vitamin A.



     Kekurangan Vitamin E ini akan menyebabkan :-


1- Sel darah merah terbelah.
2- Perubahan degeneratif pada sistem saraf dan otot.
3- Kesukaran dan lemah untuk berjalan.
4- Gangguan penglihatan.
5- Anemia.


    Dalam beberapa keadaan, Vitamin E boleh mendatangkan gangguan terhadap sistem imuniti badan dengan gejala seperti :-


1- Sakit kepala.
2- Lemah badan.
3- Selalu lelah.
4- Gangguan penglihatan.

PANDUAN MEMBELI VITAMIN E

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

KENAPA MEMILIH SUMBER ASLI?


Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.


Vitamin E ini bukan sahaja untuk orang perempuan tau..lelaki juga penting ..sebab tu vitamin E ini digelar juga sebagai vitamin cinta

     Oleh itu, penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin E yang mencukupi untuk tubuh badan anda supaya tahap kesihatan anda lebih baik dan terhindar dari penyakit. Pengambilan yang disyorkan juga perlu diikuti supaya tidak terlebih pengambilan vitamin E untuk badan. 

vitamin E


     Jika anda ingin mengambil Vitamin E ini sebagai makanan tambahan anda, so saya mencadangkan Vita-E Complex with Grape seed Extract yang mengandungi 120 biji kapsul di dalam satu botol. Harga pasaran untuk sebotol adalah RM 149.00. Boleh dipos ke seluruh pelusuk Malaysia dengan kadar yang berpatutan daripada syarikat perkhidmatan Poslaju Malaysia.Untuk mendapatkan harga yang lebih rendah..sila hubungi saya segera..


Testimoni penggunaan vitamin E yang terkena minyak panas



Pengedar shaklee , su|0108798077|Masjid Tanah|Alor Gajah|Sg Udang|Pengkalan Balak|Kuala Sg Baru|Pos satu Malaysia|

CARA CANTIKKAN KULIT MENGGUNAKAN MASKER VITAMIN E


Nak cantik punya pasal..boleh buat apa saja kan..hari ni saya nak kongsi tips nak cantikkan kulit dengan menggunakan masker vitamin e..nak cantik kan? mesti cuba..kalau tak cuba menyesal...

vitamin e

MASKER VITAMIN E 


Sebelum tidur

Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dengan jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka secara nipis. 

atau 

Pagi 

Sapu muka dengan plain yogurt yang dipicitkan dengan Vita E dan biarkan selama 5-10minit. Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dengan sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok tepek mcm topeng tu. Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit .Basuh pula dengan pencuci muka nutriwhite..lagi mabeles

Vitamin E ini bukan sahaja untuk orang perempuan tau..lelaki juga penting ..sebab tu vitamin E ini digelar juga sebagai vitamin cinta




     Oleh itu, penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin E yang mencukupi untuk tubuh badan anda supaya tahap kesihatan anda lebih baik dan terhindar dari penyakit. Pengambilan yang disyorkan juga perlu diikuti supaya tidak terlebih pengambilan vitamin E untuk badan. 

Kenapa vitamin E ini berbeza dari yang lain?




Promosi vitamin untuk kecantikan akan bakal berakhir pada 30 Jun 2015..jom dapatkan segera..saya pengedar sah dari Masjid Tanah Melaka..perkhidmatan pos disediakan ..hubungi saya 010 8798077

KENAPA VITAMN C SHAKLEE VITAMIN TERBAIK

Tentunya anda adalah juga pengamal vitamin c betul tak? Mungkin anda pengamal vitamin c jenama lain? Dan mungkin juga anda tidak pernah langsung mengamalkan makanan tambahan vitamin c. Jadi hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengapa saya memilih vitamin c ini.Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.Vitamin c ini sangat berbeza dengan vitamin c yang berada dipasaran diluar sana.Mengapa saya kata begitu?

 

Apa itu sustained release? Ia merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin c dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin c sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam.Dengan hanya pengambilan sebiji vitamin c ,ia suduh cukup memadai untuk melengkapkan vitamin c harian kita.


Vitamin c  shaklee merupakan antioksidan yang kuat, vitamin c merupakan nutrien yang mempuyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung , kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gusi tulang ,otot dan pembuluh darah.



Pernahkah anda menyemak fakta nutrisi  sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli sebarang produk? Atau beli jer apa apa vitamin asalkan murah?

Mulai hari ini saya syorkan kepada anda agar menyemak dulu fakta nutrisi sebelum anda membuat keputusan untuk makan..ini untuk makan tau bukan sapu...bayangkan jika apa yang kita makan itu tidak selamat?


Anda boleh bandingkan dengan jenama vitamin anda sekarang...dan mungkin anda juga boleh larutkan vitamin anda di dalam air dan bandingkan dengan vitamin c sustained released ini...


FAKTA NUTRISI VITAMIN C


AMOUNT PER TABLET      
ASCORBIC ACID
(Provide 525.35 mg vitamin c)                                               
553.00 g

Citrus Bioflavonoids Complex
Provide 7.50 mg Lemon Bioflavonoids)
Provide 7.50 mg Orange Bioflavonoids
Provide 7.50 mg Grapefruits Bioflavonoids)
Provide 7.50 mg Hesperidin





Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.Promosi hanya sehingga 30 Jun 2015



Harga : RM92.50 (180biji) ..hubungi saya untuk tahu cara dapatkan harga lebih murah..


Tahan sehingga 6 bulan.





Apa tunggu lagi. Order SEKARANG. Hanya satu klik dan anda boleh dapat 1001 Kebaikan Vitamin C Shaklee





suhaila|0108798077|masjid tanah|Sg Udang|Kuala Sg Baru|Pengkalan Balak|Londang|Pos 1 Malaysia

Monday, 8 June 2015

CARA MELAMBATKAN MONOPAUSE

Saya lahirkan anak yang ke 5 pada usia 37 tahun.Selang bunga..Anak sulung lelaki ,kedua perempuan ke tiga lelaki, ,kempat  perempuan dan yang bongsu lelaki..Opss..bongsu ke?hehe..


 Faheimy ni susah sikit nak minum susu formula.Sejak lahir saya hantar susu yang diperah untuk dia..Susah sangat nak minum susu tepung.Sanggup minum air kosong jer kat taska.So nak jadikan cerita...semenjak Faheimy lahir saya tidak datang haid.Selepas 6 bulan rasa ok lagi...sebab biasanya orang yang fully breast feeding tak datang bulan..tapi ada juga yang memang datang period setiap bulan...


vivix

AT NATIONAL CONFERENCE 2014/2015

Tunggu punya tunggu tak juga datang ...Masuk bulan ke 12..setahun pun belum datang bulan juga..Hati mula rasa risau...Macam macam bermain difikiran.Mengandung lagi ke?Oh mungkin tidak..

Setiap bulan saya menanti nak datang bulan...Risau la..biasanya anak yang sebelum ni slps beberapa bulan dah datang period..Monopos ke aku ni?Takkan kut..baru umur 37...Mana tahu..kut monopos awal...Mr google kan ada....cari maklumat...dapat la maklumat pasal monopause di usia muda..tapi kategori saya tak ada dalam senarai dibawah..

Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?

Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :

* Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari


Penyakit-penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus (SLE) , rheumatoid arthritis (RA), Hypothyroidism atau Crohn's disease

*Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia

Jangkitan viral

 Satu hari saya terbaca tentang vivix..Vivix dapat membantu meremajakan sel..Terasa hati nak cuba..Lagipun masa tu saya memang ada juga masalah lain..ada batu karang di buah pinggang  kiri....tekanan darah rendah..So saya cuba ambil vivix...
Sekali rasa ...nmmmm..sedap rupanyanya vivix ni..So saya ambil sesudu teh sebelum tidur..Pada awalnya tekak rasa panas..badan pun panas..minum air lagi lebih lebih..bawa air sampai  kat tepi katil sebab memang akan terasa haus..lama kelamaan dah tak rasa apa apa lagi kat badan ni...

Satu hari agaknya dalam 2 minggu lepas minum vivix..tiba tiba saya demam..Demam ni memang pelik..Badan terasa di awang awangan..Angkat kepala je sakit..Jalan pun tak boleh..So 2 hari tak bangun..makan tak lalu...mata tak boleh buka..kalau buka akan rasa pening..Tapi saya masih teruskan ambil vivix...Selepas dua hari dah ok dah..Boleh bangun dan buat kerja macam biasa...

Selepas sebulan consume vivix...cukup 30 hari....tiba tiba terasa perut ni lain macam jer...terasa macam sakit nak period...hehe..ingat ingat lupa rasa tu sebab dah setahun 8 bulan tak period...Rupa rupanya betul ...saya datang bulan...Alhamdulillah...tak monopos aku hehe...risau la..muda lagi tau..Kalau dah monopos memang rugi la kan..
.
 Bukan setakat datang period yang biasa saya alami..kali ni pelik la pulak..darah sangat banyak dan berlanjutan sehingga sembilan hari...Sebenarnya semenjak anak dara period saya tak teratur..maksimum 4 hari je..Kali ni dah jadi 9 hari...Dalam hati kata..agaknya dah lama tak datang..sekali datang..banyak la darah kotor yang nak dibuang....


Selepas habis sebotol vivix saya teruskan dengan botol yang ke dua..Alhamdulillah..rasa pening pening akibat tekanan darah rendah dah tak ada lagi dan sakit pada buah pinggang akibat batu karang juga dah tak terasa lagi..Dan extra saya dapat ialah ..kulit saya tidak lagi kering seperti dulu..Badan rasa sihat dan bertenaga...dan...sehingga hari ini...period
saya dah kembali normal dengan bilangan hari baru..8 ke 9 hari...

Walaupun saya stop ambil vivix sebab nak makan kolegen pulak...still kitaran haid saya cantik lagi...Alhamdulillah.

Serba sedikit tentang vivix.

4 kandungan utama dalam vivix dah saya kongsikan dalam entry saya.Ramuan lain dalam vivix juga merupakan hasil botanical.Jadi memang tepatlah vivix sebagai suplimen anti penuaan ,anti radang dan juga anti kanser yang sangat penting.vivix dipercayai dapat melambatkan proses penuaan selular, membaik pulih sellular, tenaga selular ,perlindungan selular dan fungsi sellular.

LAGI TENTANG VIVIX.KLIK SINI


baby cute

ANAK BONGSU FAHEIMY

Inilah rupanya vivix..botolnya cantik..rasanya sedap..khasiatnya hebat insyaAllah...Nak cuba? Meh wassup saya..0108798077

vivix untuk monopouse


Seindah Khabar Seindah rupa...

Mungkin anda ada masalah ini?