Wednesday 10 June 2015

TIPS MENGURUS 5 ANAK


Cuti kali ni kami sekeluarga memang la tak kemana-mana.suami busy nak siapkan rumah sendiri dan siapkan rumah orang ..Maklumlah dah nak puasa ni.Saya pula busy nak marking paper exam yang baru selesai sebelum cuti..setakat pergi jalan jalan dekat dekat jer lah..Firdaus pun tak da ..ikut robongan ke Sabah yang pada asalnya akan mendaki gunung Kinabalu tetapi terpaksa dibatalkan kesan dari gempa bumi di Ranau..

Kadang-kadang ada yang tanya ,macamana saya urus anak ramai-ramai ni? Ramai ke?..ada lagi orang yang ada anak lebih ramai dari saya..ini baru 5 orang ,kalau ibu tiriku lagi power...12 orang satu mak satu bapa..  Anak sulung saya lelaki Firdaus 17 tahun, Dina 14 tahun, Faiz 12 tahun, Dania 7 tahun dan Faheimy 3 tahun..Selang bunga..walaupun badan saya ni kecik..dapat juga Allah kurniakan saya 5 cahaya mata..alhamdulillah 

Ada juga orang tanya,macamna nak urus anak ramai akak ni..nak mengajar lagi..hari hari balik sekolah paling cepat sampai rumah pukul 4 petang..bila masa nak masak, nak kemas rumah,nak buat shaklee?

Jom la korang baca pengalaman saya ni..kalau boleh di contohi, contohilah..kalau tak..abaikan saja...

Macam macam kerenah anak anak nih..

TIPS HANDLE 5 ANAK


  •  anak anak saya dah ajar dari mula sekolah darjah satu lagi..basuh kasut sekolah sendiri ,gosok baju sekolah sendiri...kalau ibu nak gosok ..4 orang punya baju..sekolah pagi sekolah petang..fuh..alamatnya memang tak dapat buat kerja lain la jawabnya..mula mula memang diorang tak nak..kalau tak nak..suruh sampai nak..ajar la macamna nak basuh kasut,nak gosok baju..jangan marah kalau diorang buat tak elok, terima je..lama lama ok la..

  • setiap orang ada tugas sendiri untuk tolong ibu, Firdaus akan tolong basuh baju,..pakai mesin basuh ok..bukan basuh pakai tangan..lepas masuk baju dlm mesin dia..bumm tido..bila dah siap..dia la tukang sidai..

  • Dina..tugasnya, angkat kain...sebelum abang sidai,kain dah siap angkat..lepas tu dina akan lipat kain masa tengok tv cerita indon..."my heart"...tapi kalau mak nye tak check..kang mata dia yang bulat tu jer menonton..tangan nya beku..hehe..

  • Majlis perbandaran Londang tugas Faiz..hehe..sampah ada dua ..satu sampah kering satu sampah basah..yang basah..kasi itik nenek..kenyang itik nenek..yang kering bakar kat tempat sampah...

  • dania dengan faheimy..diorang paling best..tukang sepah..tapi..tukang kemas mainan..tugas dania lah..kalau tak kemas ibu sapu dan buang terus dalam tong sampah..keke

  • tugas lain..tandas..sapa punya tandas dialah cuci.. QC akan check.kalau tak bersih..cuci semula...

  • bilik tidur..tak pernah ibu kemaskan..sapa tidur..dialah yang kemas..mula mula memang la senget benget..tapi lama lama lepas kena sound ..elok lah..

  • baju yang dah berlipat..pun sendiri angkat..sendiri susun..ibu biasalah..QC ...tak elok ,kena tegur..susun semula..

  • paling best ialah masa bulan puasa..selepas ibu selesai masak..Dina tukang hidang..Firdaus buat air, Faiz susun cawan dan pinggan..Dania kadang kadang tukang susun sejadah untuk solat berjemaah Maghrib..Feheimy...tukang tumpahkan air..
Lepas berbuka..solat..sambung makan..Firdaus ,Dina dengan Faiz akan bergilir-gilir kemas meja, basuh pinggan dan buang sampah...setiap hari sepanjang bulan Ramadhan...so lepas solat maghrib,memang semua di dapur dah clear dan bersih dah...

Lepas selesai solat maghrib, mereka semua ada tugasan masing-masing, mengaji Quran , Faiz tiap tiap malam kelas tusyen, siapkan homework, ulangkaji dan faheimy..penyeri rumah dengan keletahnya akan lelap menjelang 8.30 malam..maka bermulalah part time ibu pula..."shaklee time"

Haaa..itu lah ceritanya macamna nak handle anak saya....bila semua dah ada tugasan,tak dalah nak jelous..Sekaranglah masanya kita nak didik mereka untuk bantu mak ayah kat rumah..kalau tidak mereka siapa lagi..Cuma ,biasalah la kan ,anak anak ni..kena banyak kali diulang ulang ..kalau tak disuruh tak buat..bila dah selalu buat ,akan jadi habit..biarlah lelaki juga diajar utnuk membantu kerja kerja rumah..nanti bila dah berkeluarga dah tak kekok nak bantu isteri..tak gitu..?


Selamat Menyambut Ramadhan al mubarak..semoga hari ini lebih baik dari semalam

#duniakuinspirasiku...


No comments:

Post a Comment