Sunday, 14 June 2015

9 CARA JAGA DIRI SEMASA BERPANTANG

Masa dalam pantang adalah tempoh masa yang paling membosankan.maklumlah ,kita dah biasa bekerja, naik kereta ke sana sini, boleh pergi shopping mana kita suka..makan apa yang tekak nak..Tapi bila dah berpantang , semua benda akan menjadi terhad..

Dik kerana bosan berpantang, ramai dikalangan ibu ibu yang tak sabar nak habis pantang,termasuklah saya.Nak tunggu 44 hari rasa macam 440 hari.Tiap tiap hari kira ,berapa baki nak berpantang.Walaupun dalam hati terasa sangat la bosan, tetapi semua pantang larang yang mak dah pesan tetap saya ikutkan.Kata mak..orang perempuan ni bila dah bersalin, segala urat urat banyak yang dah rosak, banyak kehilangan darah, luka dalaman yang tak nampak di mata. Jadi walaupun bosan terpaksa kuturutkan jua.Kalau tak di jaga , kesannya akan terasa bila usia menjangkau 40 tahun keatas.

Beruntunglah kalau ada penjaga pantang

Jadi hari ni saya nak kongsikan tips semasa berpantang

1. Ibu ibu sekalian, apabila dah selesai bersalin, nak jalan, pastikan jalan dengan perlahan lahan, jangan dok jalan macam orang tak sakit.Dirisaukan luka jahitan akan terbuka.Sakit tau kalau nak jahit semula

Banyakkan berbaring. Sewaktu berpantang, memang kita dinasihatkan agar banyak berehat. Baringlah sambil bertungku dibahagian pinggul, tapak kaki.

3. Sentiasa memakai stokin bagi mengelakkan masuk angin melalui tapak kaki.Stokin yang dipakai pula mestilah yang tebal .

4. Banyakan makanan yang lembut dan mudah ditelan seperti bubur nasi, buah buahan dan sayur sayuran bagi mengelakkan sembelit.Ramai dikalangan ibu lepas bersalin yang mengalami sembelit..tak terlepas ,saya juga..nak tahu macamana nak elak sembelit..klik sini.

5.Amalan mandian dan kebersihan diri.Walaupun kita berpantang, kebersihan diri haruslah dijaga, mandi setiap hari, diawal berpantang, mandi hanya sekali sehari .Biasanya mak saya kata tak nak luka kembang kalau selalu sangat mandi.Pastikan kawasan luka dikeringkan.
Kebersihan yang tidak dijaga boleh menyebabkan jangkitan pada luka dan ia memudaratkan jika berlarutan.

6. Rehatkan fizikal secara mental dan fizikal.Minta suami untuk membantu untuk menguruskan anak juga.Rehat sangat perlu bagi mengelakkan tekanan perasaan .Tekanan perasaan berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan lain seperti meroyan atau bentan

7.Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.Pengambilan jamu di awal kelahiran tidak digalakkan kerena berkemungkinan perut bayi belum mampu menerima hasil daripada jamu tersebut yang diperolehii dari susu ibu.Pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu ibu bertambah sihat dan menggalakkan penghasilan susu ibu.

8.Sentiasa mengamalkan bertungku.Paling baik masa bertungku ialah selepas mandi disebelah pagi. Selepas selesai bertungku, eloklah jika berbengkung.Berbengkung membantu perut ibu kembali tegap dan tidak menggelembir.
bertungku
Amalan bertungku melancarkan perjalanan darah


Daun mengkudu untuk membalut tungku

9. Berurut tidak kurang pentingnya.Bidan yang mengurut akan membantu melancarkan perjalanan darah dalam salur darah yang sudah terganggu serta dapat mengembalikan kedudukan peranakan ditempat yang sepatutnya.Kadang kala selepas berurut, susu ibu bertambah pengeluarannya .


Bagi ibu ibu yang inginkan makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi, ibu ibu boleh mengamalkan set berpantang  kerana set ini sangat selamat digunakan oleh ibu berpantang selepas sahaja melahirkan anak.Dalam set berpantang ini juga terdapat set yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan membantu ibu ibu kembali langsing  ke bentuk badan asal sebelum mengandung.


Dulu semasa dalam pantang anak pertama , adik ni sembelit yang amat sangat sampai trauma nak mengandung lagi..tapi sebaliknya berlaku selepas melahirkan anak ke dua...apa dia buat? jom la layan video ni...



Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Jika mummy mummy semua nakkan tips untuk kurus lepas bersalin, boleh hubungi akak tau . Atau klik SINI untuk kenal akak lebih dekat. Lagi cepat whatapp je kak su 0108798077


0 comments:

Post a Comment