Tuesday, 25 November 2014

8 TIPS PILIH TASKA ELAK ANAK JADI MANGSA DERA

Baru baru ini sepupu telah menghubungi saya bertanyakan jika saya mengenali sesiapa yang boleh menjaga dan mengasuh anak sulungnya yang lahir tidak cukup bulan.Beliau sangat risaukan anaknya tidak mendapat penjagaan yang baik semasa dia pergi bertugas sebagai seorang guru.Saya yang ada  anak 5, kesemua anak anak saya dihantar ke pusat penjagaan kanak kanak atau taska, kecuali yang sulung, nenek jaga sampailah berusia 5 tahun.

Saya lebih suka kalau anak saya dihantar ke taska atau tadika, memandangkan saya seorang guru yang biasanya akan balik lewat dan ada kalanya hari sabtu pun ada kelas.Saya lebih selesa jika anak saya bergaul dengan ramai kanak kanak lain walaupun masih ada risiko yang perlu saya tanggung .Tidak dinafikan semakin banyak kes kes kanak kanak didera oleh pengasuh dan ada kes yang melibatkan maut apabila kanak kanak ditaska tercekik susu.Kalau nak yang terbaik maka  kitalah sebagai ibu paling terbaik menjaga anak sendiri..Ramai juga yang sanggup menjadi Work At Home Mom (WAHM) demi hendak melihat dan mendidik anak sendiri dengan tangan sendiri menjadi anak impian ibu ayah.


Tetapi bagi mereka mereka yang tiada pilihan untuk menjaga anak sendiri atau menghantar ke rumah pengasuh, perlulah mencari taska yang yang terbaik untuk anak anak kita berkembang dari segi mental dan fizikal agar taska itu tidak menjadi neraka dunia bagi anak anak kita.
Tips memilih taska .
1.Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga
Semasa permulaan saya memilih untuk hantar anak ke taska, saya pastikan yang taska tersebut telah berdaftar dengan JKM.Minta pengusaha tunjukkan sijil dan dokumen yang sah

2.Melawat ke tepat penjagaan 
Mesti check ciri ciri keselamatan dan kebersihan dalam taska terbabit.Susun atur perabot yang selamat.Terdapat ruang yang selamat untuk kanak kanak bermain, ada ruang rehat dan tidur yang selesa.Kebersihan tempat penyediaan makanan, bilik air yang bersih serta paling penting pagar mesti sentiasa berkunci dan ada laluan kecemasan. 


3.Melihat cara penjagaan yang di amalkan oleh penjaga taska
Anak akan tinggal selama kira kira 6 ke 7 jam bersama dengan penjaganya. Jadi sangat penting untk kita semak bagaimana sikap dan latarbelakang penjaga tersebut.Kanak kanak sangat pantas untuk meniru segala apa yang berlaku dihadapan matanya.Jika baik baiklah lakunya, jika buruk yang dilihat, buruklah perilakunya.Biarlah penjaga itu seorang yang akhlaknya baik dan berpakaian sopan

4.Mempunyai hubungan baik dengan pemilik taska
Ini sudah semestinya.Amalan tegur menegur, memberi buah tangan kepada penjaga sangat elok diamalkan.Ini akan dapat mengukuhkan silaturrahim dan kasih sayang antara kita dan penjaga .Apabila hubungan kita baik, insya Allah anak kita juga akan dilayan dengan baik .Selalulah berkongsi pendapat dan meminta maklumbalas tentang perkembangan anak kita selama berada di taska tersebut.

5.Memastikan taska mengamalkan nilai nilai moral dan islamik

Saya akan pastikan bahawa taska akan mengajar anak saya mengaji, mengajar nilai nilai kerohanian seperti doa doa harian, bacaan asas solat serta juga mengajar asas asas membaca, menulis dan mengira.

6.Memastikan Kebersihan dan khasiat makanan yang disediakan 

Cuba tanya anak atau pengusaha sendiri tentang menu yang disediakan untuk anak.Penting untuk kita pastkan makanan yang diberi adalah berkhasiat.Cara penyediaan makanan dan hidangan yang bersih bagi mengelakkan keracunan makanan.Bagi anak yang berusia setahun ke atas, saya memastkan anak saya mengambil makanan tambahan lain untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuhnya agar tidak selalu di serang selsema, batuk atau demam serta jangkitan lain daripada teman teman taskanya.Saya akan beri mereka makan vitamin c, dan omega. Mealshake dicampurkan kedalam bancuhan susu

7.Memastikan kanak kanak diasingkan mengikut peringkat umur.

Bayi dibawah setahun yang memrlukan penjagaan lebih rapi memrlukan penjagaan lebih teliti dan kebiasaannya pihak taska akan mengenakan baayaran yang lebih untuk penjagaan bayi.Sebaiknya pilihlah pengusaha taska yang boleh membantu untuk memberikan susu ibu yang di perah .Ada segelintir penjaga taska menolak penjagaan bayi yang minum susu ibu kerana bagi mereka ia sangat remeh, sedangkan susu ibu adalah susu yang terbaik.

8.'Soal siasat' anak untuk mengetahui aktiviti harian mereka

Pastikan kita siasat apa yang berlaku jika anak  menunjukkan perubahan sikap yang negatif sebagai contoh, anak menangis bila sebut mahu hantar ke taska, ada kesan jatuh ,luka atau lebam pada badan anak.Jika terbukti terdapat penderaan fizikal atau mental pada anak , segera bertindak membuat laporan pada pihak berkuasa.

Berbalik kepada sepupu yang ingin mencari penjaga anaknya tadi.Disebabkan beliau kurang yakin dengan setiap cadangan yang saya berikan, maka , anak berliau kini dijaga oleh ibunya yang tinggal bersamanya sehingga kini.Ibu tinggal dengan anak, ayah ada di kampung..itulah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya..jika dulu menjaga anak sekarang menjaga cucu pula.. terpulanglah ..segalanya anda yang buat pilihan.
taska lalai

Kesan Kelalaian Penjaga Taska




No comments:

Post a Comment