Sunday 23 November 2014

CARA RAWAT BAYI SELSEMA

2 Hari dah Faheimy selsema.Tapi hari ni masuk hari ke tiga nampaknya selsema dia semakin pekat dan berkurangan.Saya tak risau sangat kalau anak anak anak saya selsema. Semenjak dua menjak ni Faheimy ( 2 tahun 8 bulan ) memang jarang sangat selsema. Boleh di katakan dalam 2 bulan tak sekali.Nanti saya ceritakan kenapa.

Dulu Dania dan Faheimy pernah ditahan wad gara gara selsema.Jangan ambil  mudah ye kalau anak korang selsema.Dulu saya pun anggap selsema ni macam biasa jer.Namun sebenarnya selsema sudah beberapa kali menimbulkan epidermik.Virus yang dianggap remeh ini jika tidak ditangani dengan baik menyebabkan penyakit sekunder.

Virus selsema boleh menjejaskan organ lain seperti paru paru sehingga sikecil mengalami radang paru paru atau pneumonia.Saya pernah berkongsi pengalaman tentang anak saya yang pernah mengalami pnumonia kesan dari selsema yang berpanjangan. Boleh rujuk di sini.Paling menyedihkan kalau pnumonia ini berlarutan sehingga menyerang otak sehingga menyebabkan radang pada selaput otak (meningitis). Kalau bayi korag mengalami radang otak, risiko ini boleh membawa maut..minta dijauhkan...Syukur Alhamdulillah ..anak saya yang mengalami pnumonia tak sampai ke peringkat meningitis.So korang tolonglah prihatin kalau anak atau bayi korang mengalami simptom seperti selsema , batuk, demam dan lesu 

Kenapa anak kecil kita selsema?
Virus yang masuk ke daam tubuh ,timbul respons daripada sintem kekebalan tubuh seperti bengkak atau radang pada membaran hidung .Virus mengganggu sel lendir dan fungsi hidung sehngga menyebakan penghasilan lendir meningkat.Maka terjadilah selsema dan bersin.

Batuk?
Virus yang menyerang tekak menyebabkan kegatalan dan meransang batuk.Bersin dan batuk biasanya akan menular kepada orang yang berhampran.Oleh sebab itu, anak anak kecil yag berada ditaska seringkali mengalami selsema dan batuk  juga  yang sering terdedah kepada orang ramai seperti dipusat membeli belah.

Demam?
Demam adalah reaksi tubuh ketika melawan jangkitan.Lesu terjadi bila anak merasa tidak selesa akibat badan sedang sakit.Gejala selsema, lesu dan demam ini oleh timbul dan mungkin akan lebih lama sehingga tujuh hari.

Bagaimana nak kurangkan gejala selsema?

Selsema tidak dapat disembuhkan dengan ubat ubatan. Lagi pula jika anak anak kita yang masih kecil .Pengambilan ubat ubatan tidak oleh diambil sembarangan dan haruslah mengikut arahan darpada doktor.Kadang kadang anak masih mengalami gejala selsema dan demam biarpun selepas diberi ubat daripada  doktor.Anak yang berusia setahun ke atas boleh diberi paracetamol, tapi kalau kurang dari setahun, memang sangat sukar.

Panduan untuk mengurangkan selsema bayi anda

  1.  Pastikan anak mendapat rehat yang mencukupi . Kurangkan aktiviti fizikal si kecil anda
  2. Susu ibu adalah susu yang terbaik. susu ibu dapat meningkatkan imun sistem anak.Jadi berikan susu ibu dengan lebih banyak.Jangan bagi anak minum air kosong berlebihan kerana ia akan memudaratkan.
  3. Beri makan anak dengan makanan yang berkhasiat.Dengan ini tubuh  badan akan membentuk antibodinya sendiri.
  4. Salah satu cara lain ialah dengan membuat wap air panas dan bawa anak untuk menyerap wap air panas tersebut perlahan lahan
  5. Beri minum  air bersama sedikit campuran madu dan lemon jika anak anda  berusia lebih dari setahun

Seperti yang saya katakan tadi, anak saya Dania dan Faheimy memang pernah mengalami pnumonia ketika mereka berusia kurang dari setahun. Alhamdulillah selepas rawatan di hospital kedua dua mereka dah tak lagi mengalami masalah yang sama sehungga ke hari ini. Semenjak 2013 saya telah cuba memberi anak anak saya makan omega Guard dari shaklee serta Meal Shake dan vitamin c. Omega menjadi kegemaran kedua dua mereka .Pantang jumpa, Faheimy akan kunyah macam gula gula , Dania akan telan dengan air. Meal Shake juga pantang diaorang nampak, Faheimy akan meratah ikut sedap dia jer, tapi saya kawal juga , tak boleh ambil  berlebihan.Mealshake saya akan campurkan dalam susu tepung . Faheimy hanya minum susu tepung di taska, kalau dirumah minum susu ibu.

Semenjak anak anak makan omega dengan meal shake, selsema dan demam memang sangat jarang berlaku.... Kalau demam atau selsema pun setakat 2 hari,kemudian sihat . Paling bagus, anak saya tidak pernah mengalami masalah sembelit berbanding dulu , Dania, Faiz, Dina dan Firdaus, sembelit tu perkara biasa... dulu la... Sekarang..semuanya beres..syukur alhamdulillah...Tapi kena ingat, saya bagi makan omega dan meal shake dan vitamin c  ini hanya sebagai sampingan sahaja.. bukan bererti dengan meal shake dan omega ini, saya dah perlu beri makanan lain...silap tuuuu.....Alhamdulillah ketiga tiga kombinasi ini dapat membantu meningkkatkan daya imunisasi anak anak saya disamping membantu mencerdaskan minda mereka..insya Allah..Kalau dulu dalam peti sejuk saya penuh dengan ubat demam, ubat batuk dan selsema tapi sekarang peti sejuk saya kosong tanpa ubat .. Kita hanya mampu berusaha, segala hak Allah untuk mengizinkannya.

Bonus juga bila makan ketiga tiga suplimen ni.. memang nampak perubahan pada tahap pemikiran dan kecergasan otak  anak terutamnya Dania dan Faheimy. ..Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya key..saya sedia membantu..
anak bijak


Shaklee Masjid tanah|Alor Gajah|Kuala Sungai Baru|Sungai Udang|Semenanjung Malaysia|Saah|Sarawak| Su|0108798077


No comments:

Post a Comment