Sunday, 11 December 2016

7 TANDA-TANDA AWAL ANDA PENGIDAP SAKIT BUAH PINGGANG

Buah pinggang merupakan organ penting dalam tubuh badan manusia. Fungsinya untuk menghasilkan hormon erytropoietin, renin dan calcitriol. Erythropoietin atau EPO berfungsi merangsang tulang sum-sum  untuk menghasilkan sel darah merah. Renin pula untuk menetapkan tekanan darah manakala calcitriol adalah satu bahan aktif berbentuk vitamin D, berfungsi untuk menjaga kalsium untuk tulang dan kesimbangan kimia yang normal dalam badan
sakit buah pinggang
Dialisis akibat kegagalan buah pinggang

Terlalu ramai dikalangan kita yang beranggapan bahawa mereka cukup sihat , walaupun berpuluh tahun tak pernah menjalani ujian kesihatan. tak kurang juga yang beraggapan bahawa mereka cukup sihat dan tidak berisiko untuk berdepan dengan masalah kesihatan, padahal semua orang berisiko untuk mengalaminya. Kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan mereka mengambil mudah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan walaupun diberi percuma.kalau berbayar lagi la takkan nak punya.


Bila disahkan mereka mengidap penyakit kronik , baru la terkejut dan tak dapat terima kenyataan kerana tidak pernah mengalami sebarang gejala. Itulah sifat penyakit kronik, bertindak dalam diam dan kehadirannya tidak dirasai dan pesakit boleh jalani kehidupan tanpa masalah kerana kesan hanya akan timbul apabila penyakit tersebut ditahap serius.

Antara punca kerosakan buah pinggang pada golongan dewasa dan warga tua lazimnya disebabkan oleh penyakit diabetes yang tidak terkawal. Selain itu, penyakit autoimun Sistemik Lupus Eritomatosus (SLE) di kalangan wanita muda juga menjadi penyebab masalah tersebut.

buah pinggang rosak

Penyakit buah pinggang akan mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan. Jika anda mengalami gejala seperti berikut, mungkin anda berisiko mengalami kegagalan buah pinggang.

Tanda-tanda awal penyakit buah pinggang


  1. Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
  2. Darah keluar bersama-sama air kencing.
  3. Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
  4. Sakit belakang.
  5. Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
  6. Bengkak pada pergelangan kaki
  7. Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
darah di dlam air kencing



Kaki bengkak

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Ketahui 5 peringkat kegagalan buah pinggang



Peringkat pertama

sangat minimun dan buah pinggang  boleh berfungsi dengan normal.

Peringkat kedua
kegagalan buah pinggang yang sedikit.

Peringkat ketiga 
kegagalan buah pinggang bersifat sederhana.

Peringkat keempat 
serius tetapi pesakit masih belum perlu menjalani dialisis darah.

Peringkat kelima 
dikategorikan sebagai kronik dan pesakit perlu menjalani dialisis darah untuk hidup.



0 comments:

Post a Comment