Friday 12 January 2018

BENJOLAN DI LEHER ITU RUPANYA LIPOMA

Khamis 11 Januari 2018 adalah tarikh termujanji kakSu selepas seminggu menjalani pembedahan. Memang lepas pembedahan hari tu kakSu tak da rehat langsung. Banyak urusan perlu diselesaikan. Dan mujur la kesan pembedahan tu tak la sakit pun. Kalau banyak gerak pusing-pusing leher baru la terasa denyut denyut.

Bagi yang tak tahu apa sebenarnya pembedahan kakSu tu boleh baca kat SINI.

Seawal 8 pagi kakSu gerak ke hospital Mahkota Medical Centre. Sampai jam 9.10 pagi terus mendaftar dan terus je dapat jumpa dengan Dr Tay Ah Bah. Rasa ingin tahu memang la menebal dalam fikiran. Apa la agaknya keputusannya. Bila Doc terangkan keputusan dan berikan laporan ujian tu, terkejut juga bila tertulis LIPOMA. Cepat cepat tanya doktor. Syukurlah , LIPOMA saja. Bukan LIMFOMA tau. Beza ejaannya sikit je tapi LIPOMA bukan kanser limfoma yang selalu kita dengar tu tau.

lipoma


Apa tu LIMFOMA? >>>>klik sini

Sekejap je doktor tu terangkan dan check bekas luka. Ok je luka tu. Dah kering dan sembuh dah pun. Berparut je la hitam. Sesi temujanji tu bertukar kepada kakSu pulak yang kena jawab soalan doktor tu. Sesi temubual tentang kerjaya kakSu pulak..hehe..nampaknya kakSu pula kena terangkan kerjaya sambung belajar akak tu kat doktor dan nurse tu..

Balik dengan rasa syukur . Sebenarnya kakSu memang dah agak benjolan tu bukannya merbahaya tapi menganggu. Sebab benjoplan tu makin hari makin besar. Kadang-kadang rasa sakit dan tegang mungkin sebab benjolan tu terkena urat urat saraf yang berdekatan. kalau time stress lagi la terasa tegang dan sakit sampai la ke kepala.

Korang nak tahu tak apa tu LIPOMA?

lipoma
Benjolan menghasilkan LIPOMA


Lipoma ni adalah pengumpulan lemak pada mana-mana bahagian kulit .  ia juga merupakan cyst. Biasanya terjadi di bahagian bahu, leher,dada, lengan dan belakang. Saiz boleh jadi sebesar kacang dan boleh membesar hingga beberapa sentimeter. KakSu punya LIPOMA sebesar 2.5 cm. Tapi  bila dia tumbuh dibahagian leher rasa risau juga la Sebab tanda tanda kanser LIMFOMA juga ada ketumbuhan pada bahagian leher. Lagipun mak sendiri ada sejarah kanser. So kenapa nak biar lama-lama benjolan tu. Biarla buang baru puas hati kanser ke bukan.


Bolehkan LIPOMA bertukar menjadi kanser?

Kata doktor , jika lipoma dirasai seperti getah dan lembut maka selamat la bukan kanser. Tapi kalau benjolan tu keras macam batu dan membesar dengan cepat maka ia mungkin kanser LIPOMAS (sarcoma)

Perlu ke LIPOMA dibuang?


Kata doktor, LIPOMA yang makin membesar elok la kalau dibuang. Sebab kalau dibiarkan lama , mungkin akan menganggu aktiviti harian kita. Macam tu la apa yang kakSu rasa. Ia menganggu kerja seharian sebab rasa tidak selesa. Pembuangan LIPOMA kakSu hari tu melibatkan pembedahan dan siap di bius sepenuhnya. Sebab tempat tumbuhnya LIPOMA tu agak sulit sebab dileher. Kalau tumbuh dilengan mungkin bius separa kut.


Pembedahan buang LIPOMA


Apa apa pun syukurlah. Persoalan selama ni sudah terjawab. Dan syukurlah kakSu ada ambil insuran medical card dengan Prudential. Semua perbelanjaan dengan kos RM 5451.23 tak perlu dibayar.


operation lipoma


Kepada korang yang ada simptom simptom macam kakSu benjolan dileher ke kat mana pun elokla buat check up dan dapat nasihat doktor. Kadan -kadang kalau nasib kurang baik mungkin benjolan tu LIMFOMA

Alhamdulillah, sehingga sekarang ni tahap kesihatan kakSu masih baik dan syukurlah selama ni dengan asbab mengamalkan VIVIX dan vitamin vitamin shaklee, tahap kesihatan lebih baik.

Terima kasih kepada yang sudi membaca. Share jika entry ni bermanafaat untuk orang lain. 

Jika ingin ada yang mengalami masalah sama, nak kongsi pengalaman boleh hubungi kakSu di 010 879 8077

1 comment:

  1. nak bertanya luka pembedahan lipoma tu kena pantang makan ke? ada makan atau sapu apa2 ubat tak untuk hilangkan parut dan keringkan luka jahitan?

    ReplyDelete