Terkenang suatu ketika dahulu apabila si kecil saya Faheimy ketika berusia 5 bulan telah mengalami kesukaran bernafas membawa kepada jangkitan kuman pada paru-paru.Pada mulanya saya merasakan ia adalah selsema biasa.Selepas mendapatkan rawatan dari klinik swasta,selepas makan ubat selsema dan batuk beserta antibiotik,masalah selsema dan batuknya tidak berkurangan malahan semakin bertambah .Batuknya menjadi semakin serius.Sesak nafas dan akan menangis tersekat-sekat.Apabila saya bawa ke hospital untuk rawatan lanjut,doktor mengesahkan bahawa paru-parunya telah dijangkiti kuman dan perlu ditahan wad.
Sedihnya tengok bila tangan yang masih kecil dimasukkan jarum untuk mengambil darah dan juga untuk memasang jarum untuk memasukkan ubat..Hati ibu mana tidak sedih.kemudian dia akan meronta-ronta kesakitan dan rimas bila dikenakan nabulizer.Terpaksa terima semuanya demi melihat dia kembali sihat.Selepas tiga hari rawatan dihospital,selsema dan sesak nafas semakin berkurang.Alhamdulillah dapat discharge,namun perlu penjagaan rapi dirumah agar tidak dijangkiti semula dangan selsema atau batuk dari abang atau kakaknya pula.
Faheimy memang sering menghadapi masalah selsema kerana anak saya dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak,tapi saya terpaksa sentiasa memastikan masalah selsema dan batuk tidak dibiarkan berlarutan.Bila anak sendiri dan kena jangkitan kuman barulahh tahu bahawa ia adalah satu penyakit yang dipanggil pneumonia.Selama ini biasa dengar tapi tak tahu detail.Pneumonia jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan jangkitan pada otak.Disini saya nak kongsikan serba sedikit tentang pnumonia.
Pneumonia adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru seseorang dan biasanya, ia banyak dihidapi golongan kanak-kanak dan tua.
Awalnya, selepas dijangkiti virus, kuman atau bakteria, seseorang akan mengalami simptom-simptom pneumonia seperti batuk serta selsema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan menyerang paru-paru.
Pakar Perubatan Kanak-Kanak, Dr Yong Junina Fadzil, berkata penyakit itu perlu dikesan dan dirawat secepat mungkin bagi mengelaknya menjadi serius sehingga boleh meragut nyawa.
Pneumonia mempunyai banyak simptom antaranya demam panas, batuk berkahak atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat, sering merengek (bayi dan kanak-kanak), pernafasan laju, susah bernafas, muntah dan cirit-birit.
INFO Pneumonia
Golongan berisiko:
SIMPTOM PNEUMONIA
LANGKAH PENCEGAHAN
- Menjalani gaya hidup sihat
- Mengutamakan kebersihan diri
- Mengamalkan penyusuan susu ibu
- Pengambilan minyak ikan(omega 3)makanan tambahan
- Elak di kawasan sesak
- Menutup hidung ketika cuaca buruk.
- Meningkatkan daya tahan (vitamin c)
Mungkin anda juga mengalami masalah yang sama seperti Farhana...
Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.
No comments:
Post a Comment