Saturday, 1 October 2016

LELEHAN PAYUDARA PETANDA BURUK BUAT WANITA

Terdapat beberapa gejala kanser payudara.Antaranya adalah perubahan bentuk pada payudara, kesihatan sering terganggu, ketulan dipayudara atau lelehan di payudara.

Bagaimana nak kenali lelehan itu adalah kanser payudara?
Jika anda mengalami masalah lelehan yang berwarna kekuningan, berdarah atau yang bercampur nanah, mungkin tanda -tanda itu menunjukkan anda sebenarnya berisiko kanser payudara.Ada kala lelehan itu keluar apabila dipicit ataupun kadangkala ia keluar dengan sendirinya.Ada juga lelehan yang berbau busuk dan ada juga lelehan yang tidak berbau.Pesakit akan dapat melihat kesan lelehan atau tompokan pada baju dalam akibat lelehan dari payu daranya.

Kadang kala, ada pesakit yang mengalami kegatalan di sekeliling puting payudara.Kegatalan ini ialah tanda kanser payudara yang melibatkan puting dan dinamai penyakit Paget.Apabila melibatkan penglibatan kanser berterusan, puting akan tertarik kedalam dan tidak boleh ditarik keluar. Puting payudara normal akan mengalami perubahan terhadap ransangan seperti kesejukan ia akan tertarik keluar, manakal jika keadaan normal ia sedikit tertarik ke dalam.Tetapi jika terlibat dengan kanser payudara , puting akan sentiasa tertarik keluar.

kanser payudara
Segera dapatkan rawatan dari doktor

Ketahui CARA rawatan alternatif kanser payudara.DISINI

0 comments:

Post a Comment