Wednesday 26 October 2016

SOYA PUNCA LELAKI MACHO JADI PONDAN?

SOYA BUATKAN LELAKI JADI PONDAN?

Nutrisi adalah sains, bukan kepercayaan semata-mata. Walau bagaimanapun, bila masuk bab soya, ia tak jadi berasaskan fakta tapi tanggapan dan kepercayaan saja.

Biasanya yang disebarkan tentang soya ialah, ia menyebabkan lelaki menjadi seperti wanita (pondan) dan menurunkan kesuburan lelaki, kerana ia meningkatkan paras estrogen (hormon wanita).

🌕Soya Menyebabkan Lelaki Menjadi Lembut

Kandungan phytoestrogen di dalam soya dikatakan satu perkara yang menjadi kerisauan.

Estrogen adalah hormon wanita, sedangkan lelaki perlukan hormon testosteron untuk kelelakiannya.

Phytoestrogen dikatakan bertindak macam estrogen jadi tak ngamla dengan lelaki kan? Takut la lelak jadi lembut ka, pondan ka..

Tapi kajian yang dibuat:

“Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence.” Fertil Steril. 2010 May 1;93(7):2095 –104.

Laporan tersebut membuktikan bahawa isoflavon dalam soya tidak memberi kesan ‘kewanitaan’ kepada kaum lelaki.

🌕Soya Menurunkan Paras Hormon Kelelakian

Bila hormon kelelakian menurun, lelaki menjadi mandul, tak subur. Menjejas produktiviti. Benarkan pengambilan soya menjejeas kesuburan lelaki?

“Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: results of a meta-analysis.” Fertil Steril. 2010 Aug;94(3):997–1007″

Laporan yang dihasilkan selepas ujian klinikal untuk mengkaji kesan soya terhadap lelaki —> PROTEIN SOYA TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA HORMON LELAKI.

Malah, sebenarnya pengambilan soya sangat penting untuk lelaki, berdasarkan laporan kajian ini:

“Soy protein isolate and protection against cancer.” J Am Coll Nutr. 2005 Apr;24(2):146S –9S.

“Feasibility of a low-fat/high-fiber diet intervention with soy supplementation in prostate cancer patients after prostatectomy.” Eur J Clin Nutr. 2008 Apr;62(4):526 –36.

🌕Protein Soya mengurangkan risiko kanser prostat!

Nampaknya cerita-cerita buruk tentang soya hanyalah tanggapan semata-mata. Berhentilah menyebarkan keburukan soya yang tidak berasas, kerana mungkin kita telah menjauhkan orang lain dari perkara-perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan mereka.

Dan ramai yang minum soya terlebih2 pula suburnya.

Minum soya Pondan

Saya ambil dari FB dr Fyda Noh..
Tqvm dr Fyda..

No comments:

Post a Comment