Lagi beberapa hari lagi dah peperiksaan pertengahan tahun.Cepat betul masa berlalu.Pejam celik pejam celik dah bulan mei.Baru seleasai analisis up 1 dah kena buat soalan up2 pulak.Cikgu busy nak siapkan soalan ujian.Anak-anak sekalian dah ready ke??exspecially tingkatan 3 dan tingkatan 5.Yang lain tu apa kurangnye.Mestila kena ready .Kalau nak result semuanya A..usaha pun kenalah A.Jangan dilupa..akademik A ,akhlak pun mestilah A.Solat 5 waktu perlu diutamakan.Study sampai tak solat itu tandanya anda mencari kemurkaan Allah.Biarlah seimbang.Mengutakan yang utama.
Agaknya macamna nak study dengan berkesan ye?Ada kata dah study berjam-jam tapi result tak elok juga.Baca buku punya la tebal,mahal lagi..buku dari penerbit yang terkenal lagi...semua nota dah baca tapi tak boleh jawab soalan juga.Aiyaa..
Sebenarnya bukan masa belajar ,bukan ketebalan buku ,bukan canggihnya penerbit buku tapi kualiti .Kualiti apa ye?Biarpun sedikit masa belajar tetapi setiap masa itu dimanafaatkan dan banyak benda yang dapat melekat dalam otak.30 minit study satu subtopik dengan penuh tumpuan ,dengan nota ringkas dan kefahaman yang tinggi ,tnpa gangguan ,insyaalah apa yang dipelajari akan kekal lama dalam ingatan.Daripada belajar 2, 3 jam tapi tak juga faham faham.Lastnye bosan,tidur lagi ok ke???
Mungkin cara belajar yang salah meyebabkan apa yang anda belajar hilang begitu saja.Jom kita tengok kategori diri anda.Mungkin dengan belajar bersendirian anda boleh lebih fokus atau mungkin dengan belajar secara berkumpulan pula anda lebih mudah mengnigati segala fakta yang dibincangkan...jadi anda yang tentukan yang mana kategori diri anda sendiri.Disini saya kongsikan sedikit tips .Mungkin ia dapat memberi idea dan membuka minda anda untuk cuba mencari cara terbaik untuk anda belajar selepas ini.
Manfaatkan masa lapang
Cuba anda renungkan kembali..agaknya la kan..banyak tak masa anda guna dengan penuh manafaat pada setiap hari.mana yang lebih?Buang masa dengan berkhyal,berborak atau melepak?Sebenarnya
terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar sangat menghargai masa. Masa yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa.Sela masa ini sangat penting kepada seorang pelajar untuk dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya.
Antara sela masa ialah;
1. Semasa menunggu kenderaan.
2. Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
3. Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
4. Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
5. Masa rehat yang berlebihan
6. Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
7. Masa antara kelas.
Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.
1. Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru.
2. Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
3. Membaca nota kecil yang mudah dibawa.
KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN.
Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini para pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu-membantu. Tuntutan adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud; "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran"
(Al-Maidah: 2)
Beberapa panduan dalam melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan. Panduan tersebut adalah
1. Bentuk kumpulan seramai 5 – 10 orang.
2. setiap kumpulan perlu mempunyai ketua.
3. Lantiklah seorang pencatat.
4. Tetapkan satu tarikh pertemuan yang telah dipersetujui bersama
5. Tetapkan tajuk yang akan dibincangkan lebih awal.
6. Lakukan aktiviti pembelajaran ditempat yang sesuai.
7. Sediakan peralatan secukupnya dan
8. Duduklah dalam bulatan ketika memulakan perbincangan.
9. Terdapat juga tatacara yang perlu dilakukan seperti;
10. Ahli mesti patuh kepada ketua yang dilantik.
11. Ahli mesti membuat sedikit persediaan terhadap tajuk yang akan dibincangkan.
12. Hadkan masa yang digunakan.
13. Mendengar dan memberi pendapat dengan baik.
14. Lakukan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran dan
15. Ahli digalakkan menyalin fakta yang telah disampaikan.
Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti belajar secara berkumpulan seperti;
- Dapat menjimatkan masa.
- Dapat mengumpulkan isi dengan lebih banyak.
- Dapat meningkatkan minat dan motivasi terhadap pelajaran.
- Dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan.
- Dapat mengelakkan rasa mengantuk.
- Dapat mengurangkan rasa malas belajar.
- Dapat memupuk rasa setiakawan.
- Dapat menambah, mengingat dan mengembangkan ilmu secara berkesan.
- Apapun yang anda nak buat,pstikan niat dihati,belajar kerana Allah.Kemalasan dan alasan yang anda bina menentukan mengelak dari belajar akan merugikan diri sendiri.
- Jika kau fikirkan kau boleh,kau pasti boleh melakukan..jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu...
YOU ARE THE BOSS OF YOUR MIND
SITI NURHALIZA PUN USAHA SAMPAI JADI PENYANYI NO 1 MALAYSIA...
HANG??????
No comments:
Post a Comment