Thursday, 10 April 2014

JOM JADI LEBIH PUTIH....

Malam-malam macam ni tiba tiba terasa pulak nak menulis.Waktu siang tadi terlalu sibuk dengan aktiviti sekolah yang sangat padat...jadi waktu malam adalah waktu paling best nak rehatkan badan dan rehatkan minda..itupun bila sekecil faheimy dah tidur...
  Seharian berjemur dibawah pancaran matahari ..mestilah ..kulit pun akan semakin gelap..mulalah masalah lain akan timbul pada kulit..kusam..jeragat..jerawat..sunburn tu la paling teruk...jadi saya pun terfikir...kalau kulit kita yang cantik, boleh menjadi buruk...adakah kulit yang gelap boleh bertukar menjadi putih gebu?
   Kalau tak silap saya ...Alicia Fox...kenal tak? dia ni ahli gusti wanita profesional berkulit hitam dari Amerika...dulu kulitnya hitam..tetapi mula cerah dan semakin cantik pada ketika ini...Micheal Jackson juga dulu berkulit gelap tetapi akhirnya berubah menjadi putih...apa yang diorang pakai ye?
Tu la..kisah ni bukannye kisah dongeng tetapi adalah kenyataan..alicia dulu menjadi ahli gusti..sekarang dah mula menjadi model...cantik tu...mestilah ada produk yang depa pakai ni...tapi sesuai ke dengan kita?


   Tapi kan , apa yang saya perhatikan dan pengalaman saya...ada juga dikalangan kita mengalami perubahan wajah yang buruk menjadi semakin  buruk apabila seseorang wanita itu mengalami tekanan..samada tekanan dalam rumahtangga atau tekanan di tempat kerja..
 Biasanya tekanan ditempat kerja kadang kadang terbawa bawa hingga balik rumah...

Dalam tempoh enam tahun di alam perkahwinan adalah merupakan tempoh yang paling kritikal...sangat mencabar..kalau tidak dapat bertolak ansur..saling percaya          mempercayai serta kesabaran yang tinggi pastinya rumahtangga akan goyah..
Mengikut statistik dari akhbar tempatan ,Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dari 2008 hingga 2013 menunjukkan 7,358 kes penceraian berlaku bagi pasangan yang berkahwin dalam tempoh  kurang dari 3 tahun...makin ramai yang stress..makin la wajah transform jadi cepat tua...

        Jadi apa nak buat supaya wajah cantik dan kekal muda..??

 INI TIPS YANG MUNGKIN BOLEH KITA AMALKAN

*. Selalu kena berfikiran positif.Selalu bersangka baik..Buang perasaan dendam dan sedia memaafkan.Pemikiran yang negatif selalunya akan menyebabkan wajah akan lebih cepat kusam,kendur,mudah berkedut dan kehitam hitaman.Orang yang selalu bersikap negatif akan menyebabkan saraf-saraf menjadi tegang pada tahap yang melampau dan ini akan meberi kesan pembentukan garis-garis pada wajah.orang yang yang jahat pula akan menjadikan dirinya garang,maka hilanglah keanggunannya...

*. Jika hati tidak tenang dan merasa tertekan ...selalulah mengamalkan surah al insyirah selepas setiap solat..atau bila sahaja yang anda senangi......
ayat ini membawa maksud seperti berikut

1.Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu(wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2.Dan kami telah meringankan daripadamu bebanmu(menyiarkan Islam)
3.Yang memberati tanggunganmu(dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
4.Dan kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu(dengan mengurniakan pangkat nabi dan berbagai kemuliaan)?
5.Oleh itu maka tetapkanlah kepercayaan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan
6.sekali lagi ditegaskan bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan.
7.Dan apabila kamu telah selesai daripda sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha(mengerjakan amal soleh yang lain)
8.Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engku memohon(apa yang engkau gemar dan ingini)

*Cuci wajah dengan air yang ditapis..kalau air yang terus dari paip mempunyai klorin.ia akan memberikan kesan negatif pada kulit.Tapi membasuh muka dengan air paip adalah lebihh baik dari tak membasuh muka langsung.Air wudhuk merupakan air yang dapat memanjangkan tempoh kemudaan wajah.

*Elakkan wajah terlalu terdedah dibawah pancaran matahari.Biasanya orang yang terdedah kepada panas matahari ini akan lebih  cepat tua dari usianya

*Gunakan produk yang sesuai dengan kulit anda.Kemungkinan produk yang anda guna tidak sesuai dengan kulit anda bukan kerana produk itu tidak berkualiti....

Jadi cukuplah dulu celoteh saya pada hari ini...semoga memberi manafaat kepada anda yang membaca...tq..( ♥ ♥ )






Produk kecantikan klik disini

No comments:

Post a Comment