Monday 14 July 2014

AKU INGIN BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN

First day mendaftar di SMK Ghafar Baba,orang pertama yang aku jumpa GPK 1 Pn Noridah Abdul Rahim.Masih teringat lagi antara kata-kata dia kat aku.."sekolah ni sekolah kluster, kita kerja pun mesti kluster"...Masa tu aku hanya tersenyum tanda faham...selepas mengenalinya selama 4 tahun kini beliau telah pun bergelar sebagai pengetua baru di SMK Hang Kasturi..."Aku ingin bahagia dan membahagiakan"

Hayati baris baris pantun khas buat beliau semasa hari perpisahannya bersama warga SMK GB pada 11.7.2014
Salam mesra pada semua
Buat guru dan rakan juga
kata disusun madah bermula
Majlis perpisahan tibalah jua

Pn Noridah GPK Satu,
Di Ghafar Baba khidmat dipadu
akan memegang jawatan baru
sebagai pengetua sudahlah tentu

Dari SGB ke Hang Kasturi
Dekat dimata dekat dihati
Teruslah puan menabur bakti
Doa dan harapan kami iringi

Taman Maju tempat tinggalnya
Anak jati negeri Melaka
1963 tahun tertera
Tarikh dilahir 28 disember

Punya dua cahaya mata
Seorang teruna dan juga si dara
Sebagai ibu tugasnya sempurna
Diwaktu lapang gemar membaca

Mudah tersenyum bergaya pula
Dalam bertugas ceria pula
Sifat keibuan terserlah sentiasa
Sikap positif terpancar di jiwa


2007 hingga kini
7 tahun menabur bakti
Namamu akan terus terpateri
Sebagai GPK berhemah tinggi

Menggalas tugas penuh amanah
Sabar dan gigih membawa tuah
Nampak diam sebenarnya ramah
Boleh dibawa ke tepi ke tengah

Selaut doa kami titipkan
Buat puan teruskan perjalanan
Usah gentar onak dihadapan
Di tempat baru terbentang harapan

Kami di sini dilupa jangan
Semua murid dan rakan taulan
Doakan kami dalam kesejahteraan
Teruskan kejayaan masa hhadapan

Pasti banyak berlaku kesilapan
Sepanjang bekerja bersama tuan
Mungkin ada yang tidak berkenan
Ampun dan maaf kami hulurkan

Sekian sahaja dapat dipersembah
Selamat berpindah selamat berpisah
Terus bertugas dengan berhemah
Moga rahmatNya sentiasa melimpah....


Ditulis oleh: Puan Rohana Karno
Dipersembahkan oleh: Nurain Madzlen 



            
          
  
  Persembahan dari Ain                             Last tumb print di SGB               Perasan lawo..keke






Merenung jauh sambil tersenyum...Dalam hati ada taman...
"Aku ingin bahagia dan membahagiakan"


Selamat Bertugas di tempat baru....
Pengetua Pn Noridah Ab Rahim
Kenang kami dalam doamu

No comments:

Post a Comment