Wednesday, 23 November 2016

HILANG KEYAKINAN DIRI BILA KULIT DIPENUHI JERAWAT

Sapa diantara korang yang muka dia selalu sangat naik jerawat?

Kalau akak ni, kulit muka jarang naik jerawat.kalau naik je biasanya waktu nak datang bulan. Tapi satu benda berlaku membuatkan akak geram sangat kat muka sendiri bila jerawat naik dengan meriahnya kat pipi kiri dan pipi kanan. Lepas habis satu , naik lagi satu.Dan kadang-kadang tu jerawat naik kat tempat yang sama je.

jerawat

Sapa tak tension kalau jerawat tak pernah berenti tumbuh.kalau kecik kecik masih boleh dimaafkan lagi, tapi kalau dah besar gedabak dan bernanah..sapa tak geram. Mujurla boleh disorok dengan tudung. hihi..tapi satu hari tu ada member sama-sama solat kat surau. Bila akak buka je tudung terus dia tegur..kenapa muka ko banyak naik jerawat su? ..adusss..malu juga tau..

Mula-mula tak perasan kenapa kulit muka mula naik jerawat..kalau dulu susah nak naik tapi kali ni naik dengan meriah sekali..non stop. sampai dah berparut hitam sebab dok picit dengan jari..huhu..akhirnya baru ingat..mungkin sebab masalah hormon ni.. Memang ada perubahan yang akak perasan lepas buat suntikan depo..korang tahu tak apa tu suntikan depo?


Suntikan depo tu untuk mak-mak yang nak merancang kehamilan. Setiap 3 bulan sekali suntikan tu akan dibuat kat klinik kesihatan . Suntikan tu sebenarnya hormon yang halang dari penghasilan ovum . Jadinya akak dah dapat detect yang jerawat tu berpunca dari hormon akak yang tak terkawal..maka apa lagi..ambil keputusan untuk stop je suntikan tu sebelum kulit akak semakin parah.

Dan akak dapat juga satu jalan penyelesaian untuk masalah jerawat akak tu..tunggu next entry akak cerita yek..k bye..


No comments:

Post a Comment