Wednesday 22 November 2017

BATU DALAM HEMPEDU ADAKAH ANDA BERISIKO?

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu gemarkan makanan berlemak. makanan berlemak bukan saja menyebabkan kegemukan, kolestrol tinggi malah ada penyakit lain yang lebih unik. Ia dikatakan unik sebab ia melibatkan 3 organ iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.
batu dalam hempedu

Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu berfungsi untuk penyerapan lemak dan pencernaan lemak. Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu.
batu hempedu

Apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-lama batu karang terbentuk dan ia membesar dan semakin banyak. Batu karang hempedu  ini juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik dan duktus hempedu. 

6 faktor yang mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu

Jantina. 
Wanita lebih berisiko dua kali ganda daripada lelaki kerana wanita mempunyai jumlah hormon estrogen yang berlebihan .Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
Berat badan.
 Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
Diet
 Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.

Umur
 Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
Diabetes
Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.

Ubat kolesterol. 
Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri seprti 6 yang di atas?
Sumber : myhealth.gov

No comments:

Post a Comment