Makanan adalah aspek amat penting dalam rawatan berpantang bersalin.Kehamilan telah menganggu keseimbangan hormon ibu.Ibu ibu mengalami berbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal.Apalagi ketika melahirkan anak , tenaga dikerah dengan hebat , urat saraf banyak telah tercedera dan luka di bahagian tertentu.
Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan ibu ibu atau bakal ibu sekelian apakah makanan yang harus di ambil semasa berpantang.
1.Makanan berprotein tinggi seperti ikan segar dan ayam kampung tanpa kulit
2.Cara masakan yang sihat iaitu makanan yang di masak secara pindang, banyak kandungan halia, asam keping, lada hitam dengan herba serta bawang putih yang banyak.Kurangkan makanan pedas dan berminyak
3.Jumlah keseluruhan kalori bagi wanita adalah berbeza bagi setiap individu mengikut beratdan ketinggian masing masing.Secara amnya wanita memerlukan antara 1600-1800 kalori sehari.Kalori ini tetap semasa mengandung kerana penyususan secara ekslusif akan membakar 500 kalori sehari.Seandainya ibu berpantang tidak menyusukan bayi,dan ingin menurunkan berat badan pengambilan kalori perlu dikurangkan menjadi 1100-1300 kalori sehari.
4. Minum air kosong dengan banyak untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan.Minum air ini perlulah diambil dengan kerap bukannya minum air yang banyak sekaligus.
Ketahui bagaimana memastikan badan sentiasa bertenaga dengan makanan semulajadi semasa berpantang
Saya adalah pengedar shaklee kawasan Masjid Tanah,Alor Gajah,Kuala Sungai Baru,Pengkalan Balak.Perkhidmatan pos adalah diseluruh Malaysia.
Saya adalah pengedar shaklee kawasan Masjid Tanah,Alor Gajah,Kuala Sungai Baru,Pengkalan Balak.Perkhidmatan pos adalah diseluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment