Monday 25 May 2015

SHAKLEE atau SHUKREE ?

Tentang dia......





shaklee shukree

Haiiii..saya Shukree

Assalamualaikum.
Suatu hari saya tengah masak untuk makan malam, tiba tiba ada seorang lelaki yang tidak saya kenali nombornya menghubungi saya..dia tanya betulke dia cakap dengan Suhaila? 

Saya pun tutup la kejap api lauk, kang hangus pulak asyik bercakap dalam telefon.

Awak ni jual ubat ye?
Dalam hati saya mesti dia tanya pasal Shaklee. 

Ye saya jual suplimen, ada apa saya boleh bantu? Dari mana encik dapat nombor telefon saya?

Isteri saya dapat dari internet.Saya nak tanya awak ni, saya dah makan suplimen A dah beberapa tahun dah, tapi kos dia tinggi la.Sebab tu saya nak  cari suplimen lain.Jumpa nama awak.Saya nak cuba la shalee ni(sebutan dia pun lain macam jer)

Encik pernah dengar ke pasal Shaklee?

Tak ?

Hoooo..sampai kat situ la saya tulis perbualan kami..Dalam era teknologi yang canggih sekarang ni, masih ada lagi insan insan di luar sana yang belum mengenali Shaklee kan..sama la macam saya dulu.
Dulu saya pun  tau nama Shaklee jer..tapi saya tak tahu pun Shaklee ni asal mana, apa produk yang dia jual, bagus sangat ke Shaklee ni, selamat ke kita nak gunakan produk shaklee ni?
So bermulalah pencarian maklumat saya pasal Shaklee .Kalau dulu saya pengguna Shaklee tapi sekarang pengedar..jadi tugas saya untuk kongsikan buat anda semua tentang shaklee.

Korang kenal ke Shaklee?

dr shaklee

Saya Dr Forrest C Shaklee
Memang handsome orangya..

Kenapa nama produk ni  Shaklee?

Shaklee ni diambil dari nama seorang doktor iaitu Dr Forrest C Shaklee.Beliau dilahirkan pada tahun 1894 .Sejak lahir lagi beliau telah disahkan mengidap penyakit 'turberculosis' atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai batuk kering. Memandangkan teknologi pada waktu tu tidak secanggih zaman sekarang, doktor yang merawat beliau memberitahu kepada ibubapanya bahawa harapan untuk Dr Shaklee hidup adalah sangat tipis. 


keluarga shaklee

Bersama keluarga

Hati diorang ni memang kental dan tak pernah putus asa.Disebabkan tu, keluarga Dr Shaklee membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan yang ada tanah yang subur so diorang  boleh bercucuk tanam dan dapat menghasilkan makanan harian yang penuh dengan nutrisi. Ibubapa Dr Shaklee pada waktu tu tidak lagi bergantung sepenuhnya pada hospital tetapi mengamalkan pemakanan yang bernutrisi untuk Dr Shaklee dan keluarga.


Setelah sekian lama mengamalkan pemakanan yang penuh dengan nutrisi, kesihatan Dr Shaklee bertambah baik. Ada yang kata itu merupakan satu keajaiban pada zaman tersebut. Walaupun peningkatan kesihatan Dr Shaklee agak perlahan namun ia semakin baik setiap hari. Disebabkan  itu, pada usia yang masih muda Dr Shaklee telah menerapkan dalam diri beliau bahawa kesihatan yang optimum semuanya bermula dengan sumber nutrisi yang lengkap, alam sekitar yang tidak tercemar dan senaman.
Tu sebab pentingnya kita ikut gaya hidup sihat seperti dr Shaklee ni.Ambil suplimen diiringi dengan senaman.Hebat..hebat..

Bila dah  dewasa, Dr Shaklee memilih untuk belajar dalam 'Chiropratic' bersama dengan sahabatnya B.J Palmer. Selain itu, Dr Shaklee pun turut mempunyai ijazah dalam bidang nutriri, biokimia, falsafah dan juga ijazah dalam bidang kerohanian. Ada juga yang bertanya kepada Dr Shaklee mengapa memilih chiropatric dan tidak memilih kedoktoran. Dr Shaklee berkata, 

"Saya tidak memperkecilkan kebolehan seorang doktor tetapi bidang doktor dan bidang saya adalah jauh berbeza.

 Doktor dilatih untuk menyembuhkan penyakit tetapi saya lebih berminat untuk membina kesihatan"
shaklee

Sihat tanpa ubat...

 Lepas tu pada tahun 1915, Dr Shaklee membuka premis chiropratic beliau yang pertama di Rockwell City, Iowa. Dr Shaklee banyak menyentuh tentang diet pesakit-pesakit beliau. Pada masa tu amalan pemakanan beliau adalah tidak  sesuai dan yang luar biasa pada zaman tersebut.


Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Pada tahun yang sama, Dr Shaklee telah mencipta vitamin pertama dunia yang dinamakan sebagai 'Vitalized Minerals'.  'Vitalized Minerals' ini dihasilkan melalui mengasingkan mineral dan sebatian semulajadi dari sayur-sayuran. Pada tahun yang sama juga,  beliau disertai dan bekerjasama dengan seorang ahli biokimia dari Poland iaitu Casimir Funk. Casimir Funk menamakan sebatian yang dihasilkan oleh Dr Shaklee sebagai vitamin dan di situlah bermulanya perkataan vitamin digunakan sehingga kini.


vitlea

Packaging dulu dan kini

Jadi tahun 2015 merupakan tahun yang ke 100 tahun multivitamin ni.Dan paling istimewanya ialah sesiapa yang mendaftar ahli dan membeli apa apa produk shaklee walaupun serendah RM 29 , maka mereka akan mendapat percuma vitlea..best tuu..kitorang dulu belum pernah dapat offer sehebat ni tau...

Nanti saya buat entry pasal vitlea free ye...

Pada tahun 1924, klinik Dr Shaklee telah menjadi salah satu klinik yang lengkap dengan perkhidmatan chiropractic, osteopaths, internist, doktor perubatan dan dilengkapi dengan kelengkapan pembedahan. Pada tahun yang sama, Dr Shaklee mula membotolkan dan mengedar formulasi makanan tambahan beliau.

Pada tahun 1928, beliau telah berjaya membangunkan satu kaedah pemakanan pertama pada zaman tersebut dan menyarankan agar semua pesakit beliau mengikuti kaedah pemakanan tersebut. Kaedah pemakanan yang dibangunkan adalah hampir serupa dengan piramid makanan yang kita ada pada ketika ini yang menekankan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergula.

Selepas mengamalkan perubatan chiropractic sehingga berumur 65 tahun, Dr Shaklee akhirnya menubuhkan syarikat 'Shaklee Product' pada tahun 1956 bersama dengan Sr. dan dua orang anak beliau iaitu  Forrest, Jr dan Raleigh. Dan bermulalah perjalanan syarikat Shaklee sehingga kini


pengasas shaklee


No comments:

Post a Comment