Thursday 22 September 2016

APAKAH TANDA-TANDA AWAL KANSER PAYUDARA?

Berapa ramai dikalangan wanita yang sangat peka dn perubahan pada payudara anda? Korang pernah tak check setiap hari kalau-kalau ada ketulan ke atau tanda-tanda pelik kat payudara?Dulu saya pun tak amik kisah tentang kanser ni.Tapi bila ibu saya sendiri mengidap dan meninggal kesan dari penyakit bahaya  ni ,saya jadi agak prihatin.Dan saya dah pernah buat ujian memogram.


Kalau korang belum tahu sebenarnya kanser payudara merupakan penyebab utama kematian  di kalangan wanita Malaysia.Jadi untuk mengelakakn agar diri kita penyumbang dari kematian tu elok la kalau kita dapat kesan dari peringkat awal.
Jom kita tengok apakah tanda-tanda awal kanser payudara


Tanda-tanda awal kanser payudara



Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.


* Perubahan rasa di payudara atau puting


* Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak


* Puting payudara yang terasa tegang dan sakit


* Perubahan dilihat pada payudara atau puting


* Perubahan saiz dan bentuk payudara


* Puting payudara terperosok ke dalam


* Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.




Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, kita harus  berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara  atau tanda-tanda tersebut tak  hilang.



tanda awal kanser

Jika anda mengalami symptom seperti diatas sila segera berjumpa doctor.Anda juga boleh mencuba rawatan alternative.Klik DISINI



No comments:

Post a Comment