Sebut je tentang kanser, memang kecut perut saya tau.Penyakit ni memang membawa maut jika tidak dirawat dari peringkat awal.Penyakit ini kanser ini juga yang menjadi penyebab kepada pemergian arwah ibu saya.
Catatan pengalaman ibu saya telah saya kongsikan dalam entry saya yang lalu.Untuk mengetahui kisah bagaimana ibu saya ,seorang pengidap kanser payudara dari awal kehadiran kanser hingga ke punghujung nyawanya boleh klik sini.Alfatihah buat ibu saya Napsah binti Harun.
APA ITU KANSER?
KANSER adalah penyakit akibat ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan.Biasanya sel ini akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan badan selepas berlakunya kecerderaan.
Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripadasel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.
Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
Kanser bermula apabila sel yang sihat semakin rosak dan mula bertambah tanpa kawalan
No comments:
Post a Comment