Monday 21 November 2016

6 CARA MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI SECARA SEMULAJADI DI MUSIM HUJAN


Musim hujan dah kembali.Waktu ni kebiasaannya klinik dan hospital penuh dengan pesakit yang demam , selsema dan sebagainya. Waktu hujan dan cuaca yang lembab banyak penyakit yang boleh tersebar melalui air dan juga kelembaban yang rendah , mudah sangat bakteria membiak.Jadi , kita ni sebagai ibu  yang penyayang , pertama sekali kena la jaga diri sendiri dan keluarga terutamanya anak-anak kecil yang sistem imunisasi badan yang masih rendah dan mudah dijangkiti

Imunisasi tu apa?

Imunisasi ialah proses pemberian vaksin. Tujuannya nak meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap penyakit-penyakit berjangkit. Kebiasaannya antigen (virus atau bakteri yang mati atau lemah akan disuntik ke dalam badan. Badan akan bertindakbalas dengan menghasilkan antibodi dan sel-sel memori yang akan mengingat dan menyerang antigen seandainyan jangkitan berlaku. Vaksin akan diberi diklinik atau hospital dengan suntikan atau melalui mulut.

Imunisasi terbukti dapat mengawal dan menghapuskan penyakit berjangkit yang mengancam nyawa dan dianggarkan antara 2-3 juta kematian setiap tahun dapat dielakkan melalui program imunisasi.

Bagaimana nak kuatkan imunisasi badan secara semulajadi?

1.Berikan makanan berkhasiat kepada ahli keluarga

Makanan berkhasiat membekalkan anak kepada nutrisi yang lengkap. Banyakkan makan buah- buahan dan sayur sayuran. Buah buahan yang tinggi kandungan vitamin c seperti buah oren . Elakkan daripada memberi makanan segera .
cara tingkatkan imunisasi

2. Bersenam.

Patikan anak bermain dengan aktif dan bererak bukan setakat mengadap gajet bermain game hanya bersenam pada jari dan tidak menggalakan perkembangan minda yang sihat. Bersenam dan bermain dengan aktif bertujuan supaya mereka sentiasa berpeluh bagi mengelakkan mereka dijangkiti penyakit. Bersenam dapat meningkatkan sistem imun anak-anak agar mereka lebih cergas.
cara tingkatkan imunisasi

3. Tidur yang mencukupi

Tidur nyeyak  selama sekurang-kurangnya  lapan jam sehari juga boleh meningkatkan system pertahanan tubuh. Kurang tidur boleh meningkatkan kadar hormon stress yang seterusnya akan melemahkan system imunisasi.
cara tingkatkan imunisasi

4. Minum air yang ditapis.

Air yang ditapis membantu anak anda sihat, cergas dan melawan sebarang jangkitan penyakit. Penapis air yang baik akan membantu anak anda sihat dan selamat.


cara tingkatkan imunisasi

5. Ketawa

Cuba lebih terbuka minda di samping itu bercerita dan dengarkanlah lawak jenaka atau humor. Ketawa boleh meningkatkan system imunisasi dengan cara menurunkan kadar stress dan kecemasan. Selain itu, ketawa boleh meredakan ketegangan otot dan menigkatkan pengambilan oksigen

cara tingkatkan imunisasi

6. Amalkan pengambilan makanan tambahan.

Suplimen adalah makanan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan tidak dapat dengan lengkap daripada makanan.
Suplemen yang susuai diamalkan ialah vitamin c, Mealshake, Vitalea , Nutriferon dan Omega Guard , garlic.

3 comments:

  1. Ketawa eh..bagus ni..tq kaksu share tips.

    ReplyDelete
  2. Memang best sebenarnya kalau ikut yg dicadangkan tu

    ReplyDelete