Friday 25 November 2016

SIAPAKAH YANG TIDAK BOLEH AMBIL SUNTIKAN DEPO?

Sejak kebelakangan ni ramai pulak yang call dan pm akak tanyakan tentang side effect suntikan depo.Maybe diorang terbaca entry akak tentang kisah akak alami simptom kronik (kronik atas pemahaman sendiri untuk diri sendiri, maybe korang tak ) . Dan mungkin juga ramai ibu-ibu yang belum tahu apa tu suntikan depo atau ada yang memang dah ambil suntikan depo tapi tak tau pun itu namanya depo.

Apa tu suntikan depo?

Depo-Provera adalah ubat hormone yang mengandungi satu jenis sintetik hormon sahaja. Suntikan ni adalah berkesan untuk rancang kehamilan. Pengalaman akak dulu, suntikan ni akan diberikan selepas 5 hari haid bagi pastikan kita tak hail masa suntikan tu diberi. Lepas setiap 3 bulan, suntikan tu akan diambil semula.

Katanya suntikan ni sesuai untuk ibu yang menyusukan anak.Sebab ia tak mengakibatkan susu kita kering. Walaupun masa ambil suntikan ni akak tak menyusu pun. tapi disebabkan dah terlampau lama makan pil perancang, so akak decide untuk suntik pulak.

kajian-kajian lepas mendapati kalau kita ambil suntikan depo ni dalam jangka masa yang lama , semakin sukar untuk hamil semula (Dr Zubaidi) .

Korang kena ingat..kalau korang terdiri dari golongan ni , sebaiknya jangan ambil suntikan depo.

1. Mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui puncanya
2. Ada masalah berkaitan dengan fungsi hati
3. Mengalami kanser payudara.
4. Mengalami masalah "darah beku"

Dalam entry akan datang akak akan share apakah kesan sampingan sepanjang mengambil suntikan depo ni.





Pengalaman atasi masalah period tidak teratur


Testimoni wanita kembali sihat selepas mengalami kesan sampingan suntikan depo. >>> KLIK SINI

4 comments:

  1. satu info juga nie walau saya belum ada anak....terima kasih infonya

    ReplyDelete
  2. Forst time tahu nama injection ni..hehe...tq for the info

    ReplyDelete
  3. Forst time tahu nama injection ni..hehe...tq for the info

    ReplyDelete
  4. Cucuk depo pd cd 1,ada kemungkinan akan hamil,,,?

    ReplyDelete