Sebelum ini saya telah kongsikan detik 12 malam faheimy diserang sawan..kisah itu merupakan pengalaman saya menghadapi situasi anak saya yang mengalami sawan sedangkan saya sendiri tidak mengetahui yang beliau rupanya diserang sawan.Saya pernah mendengar cerita dari saudara terdekat ,rakan rakan tetapi tidak pernah melihat dengan mata sendiri situasi tersebut.
Apabila panik semua benda hilang kawalan dan semua yang kita tahu sebelum ini sudah tidak terjangkau dik fikiran ketika itu..Kesannya mungkin akan melibatkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Apabila panik semua benda hilang kawalan dan semua yang kita tahu sebelum ini sudah tidak terjangkau dik fikiran ketika itu..Kesannya mungkin akan melibatkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Apa yang saya kongsikan di sini hanyalah berdasarkan pengalaman saya sahaja.Mungkin anda yang membaca perlu merujuk kepada pihak doktor yang lebih arif.Mungkin pengalaman saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang membaca.
Apakah Penyakit Demam Sawan ?
la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang suhu tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.
Apa itu sawan ?
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.Apa yang terjadi pada faheimy ialah matanya memandang keatas, mata hitam hampir tidak kelihatan..seluruh tubuhnya menjadi sejuk dan muka menjadi pucat kebiruan..air liur yang keluar berbuih.
Ini adalah tips yang diberikan oleh doktor kepada saya sebelum faheimy diizinkan dibawa pulang..
Ini adalah tips yang diberikan oleh doktor kepada saya sebelum faheimy diizinkan dibawa pulang..
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?
- Baringkan dia mengiring kekiri dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.Ini bagi memastikan air liur yang keluar tidak masuk semula ke tekak yg mungkin mengakibatkan anak tersedak.
- Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
- Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.Jangan masukkan sudu, kain atau apa sahaja ketika anak alami sawan tarik..Benda yang dimasukkan kemulut mungkin boleh menyebabkan air liur yang keluar tidak dapat keluar malahan terus masuk semula kedalam mulut menyebabkan anak tercekik atau tersedak.
- Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Jangan melawan pergerakan tarik anak, kerana tarikan kita boleh menyebabkan patah
- Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit
- Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.
- Ketika anak sedang mengalami kejang, segera mandikan dengan air sejuk mulakan dari kaki.
- Sentiasa basahkan kepala dan badan untuk menurunkan suhu badan
- Jika anak mengalami sakit telinga atau sakit tekak ,pemeriksaaan doktor adalah perlu kerana antibiotik mungkin diperlukan.
- Jika anak mengalami kancing gigi atau lidah tergigit,jangan cuba membuka rahang mulut anak kerana ia akan mengkibatkan rahangnya patah.Jangan panik, anak akan sedar nanti,luka boleh sembuh tetapi jika rahang patah buruk padahnya.
info yg sgt berguna!terima kasih! saya UA blogwaking di sini .Exchangefeedgroup ada menganjurkan giveaway mega raya dengan hadiah bernilai rm3100 jemput join boleh buat duit raya. terima kasih http://housewifearts.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
ReplyDeletetqvm
Deletekalau anak demam, mak mesti kena sentiasa pantau suhu anak... Takut suhu tinggi sangat sampai kena sawan.
ReplyDeletebetul tu.Tak payah pakaikan baju.badan dan kepala sentiasa kena basahkan
Delete