Friday, 26 June 2015

DETIK 12 MALAM FAHEIMY DISERANG SAWAN

22 Jun 2015..4.30 pagi faheimy bangun awal sebab ibu bangun nak masak untuk bersahur..makan sama sama dengan ibu..lepas bersahur, tak tidur lagi..terus siap siap mandi untuk pergi sekolah.senang sangat nak pergi sekolah hari ni..

4.30 petang ibu bershopping dipasar ramadhan sebelum jemput faheimy balik.Tiba di taska , muka faheimy tak ceria .Biasanya bila masuk kereta soalan yang dia akan tanya ialah "ibu beli apa untuk eimy" tapi hari ni soalan tu tak keluar..ibu belikan coklat untuk dia, tapi tak nak..rupanya dia demam , badan panas,tapi masih lincah, petah bercakap.Sampai dirumah jam 5 petang, ibu hantar pembantu rumah pulang,faheimy ikut sama tapi dia mula dah tak bertenaga..

Sampai dirumah ibu bagi ubat demam,sambil menangis,terpaksa juga dia telan..satu biji omega dikunyah,tapi tak nak vitamin c..rupanya dimulutnya ada tumbuh mata ikan..sakit mulut rupanya...mula dari tu faheimy mula merengek sehinggalah ke malam..makan tak nak minum pun tak nak..Faheimy tidur awal..ibu settlekan kerja yang tertangguh..ibu pun join nak tidur sekali sebelah Faheimy..ambil kain basah..lapkan badan dan kepala faheimy..ibu terlelap..

Tiba tiba ibu terdengar satu suara yang sangat pelik..suara dari faheimy....ibu terkejut melihat anak ibu yang tiba-tiba  keras ,kejang dengan suara mengerang..ayah yang tidur terus terkejut dan terjaga.Bila buka lampu fahimy dalam pelukan ibu sudah pucat lesi,mata  pandang keatas ,mata hitam dah tak nampak..hanya kaki dan tangan yang kaku dengan nafas yan kencang seperti nafas akan berakhir.panik dengan keadaan tu, ibu dan ayah memanggil manggil nama faheimy sambil menepuk nepuk perlahan badan faheimy kejutkan dia,ayah sudah hilang punca..tak tahu nak buat apa..ibu bangun duduk..bangun duduk memeluk faheimy yang kejang dan kaku..memanggil manggil nama faheimy sambil air mata mengalir laju..ayah ketakutan dan azan ditelinga faheimy..

Waktu tu ibu dan ayah memang sangat buntu..tak tahu apa nak buat..akhirnya telefon nenek kat sebelah rumah..keadaan faheimy masih sama..masih kaku keras dengan kaki dan tangan yang tidak bergerak..air liur berbuih mula keluar dari mulut..itu membuatkan ibu dan ayah semakin tak keruan...
Ya Allah selamatkanlah anakku..berilah kesakitan dia pada aku ya Allah..ambillah nyawa aku..jangan ambil dia ya Allah..

Bila nenek datang kerumah, nenek juga tak tahu apa nak buat kerana keadaan ibu dan ayah yang panik, nenek juga panik tak tahu apa nak buat..akhirnya ibu dan ayah terus bawa faheimy untuk pergi ke klinik..Jam 12.30 malam, klinik swasta pun dah tutup.Klinik Asuza yang dulunya klinik 24 jam kini dah buka sehingga 11 malam sahaja..Ayah yang agak panik dan itu dan ibu menangis melihat keadaan faheimy yang kaku dan tidak bersuara. Ayah bawa kereta satria, memecut dengan laju..takut gila ibu masa tu..nasib baiklah malam tu kereta tak banyak..

Ayah..seorang yang sangat cool walau apapun yang terjadi kecemasan di rumah selama ni..tetapi malam itu..ayah jadi tak keruan..tak dapat nak fikir dengan jelas..ibu dapat lihat dari setiap tingkahlaku ayah.."mana nak pergi ni..mana pergi ni" soalan dari ayah semasa sampai dipersimpangan .."kita pergi kecemasan klinik kesihatan la bang"..tanpa membantah..ayah terus ke memecut laju ke depan pintu kecemasan..pintu berkunci..tak ada orang kat dalam..undur kereta, nampak beberapa orang kat luar klinik tu..ayah minta bantuan dari diorang..

Syukur alhamdulillah..datang seorang wanita dari mana ibu pun tak perasan..terus saja arahkan ibu bawa faheimy ke dalam ambulan yang memang tersedia disitu..ketika dalam ambulan faheimy dah mula sedar dan dia terpinga pinga apa yang terjadi kat dia..nurse tersebut terus bukakan baju dan masukkan 2 biji ubat melalui dubur faheimy..faheimy mula menangis..ketika nurse mengambil suhu ,bacaan ketika itu ialah 38.8 degree celcius..ya Allah..syukur alhamdulillah faheimy dah sedar..ibu dan faheimy terus sahaja dibawa ke hospital Alor Gajah tanpa berlengah...

Tibanya disana proses dijalankan dengan sangat cepat, faheimy terus didaftarkan dan ditempatkan di wad.Bermula dari saat itu ,pihak hospital sentiasa mengawal suhu badan faheimy dan ibu sentiasa berhati hati supaya perkara yang sama tidak berulang...


Sungguh ibu merasa menyesal kerana ibu sendiri tidak tahu cara rawatan awal sebelum faheimy dibawa ke hospital..ibu dan ayah tak tahu yang apa yang berlaku pada faheimy itu adalah sawan akibat suhu badan yang terlalu tinggi..Ibu pernah dengar cerita tentang sawan tapi ibu tak pernah melihat sendiri kejadian itu depan mata..jadi keadaan panik tu mujurlah tak membawa mudarat..Syukur alhamdulillah faheimy tak alami apa apa kesan negatif dari sawan yang dialaminya tu..kalau tak pasti ibu akan menyesal seumur hidup...




                       Day 2



Day 3

Inilah pengalaman pahit dan dugaan buat ibu dan ayah yang tidak mungkin dilupakan..buat tatapan faheimy..ibu dan ayah mohon maaf diatas segala kekurangan ibu dan ayah menjaga amanah Allah ini..anak syurga ibu dan ayah..

Sehingga ketika coretan ini ditulis faheimy masih lagi belum sembuh sepenuhnya..suhu badan masih turun naik dan sentiasa dibawah pemerhatian tanpa lepa.

Semoga ia menjadi pengajaran buat ibu2 dan ayah2 diluar sana..






1 comment:

  1. Kalau saya di tempat sis pun.. mesti alami perkara yg sma.. Alhamdulillah.. smoga ank sis sihat spenuh.

    ReplyDelete