Tuesday 30 June 2015

7 RAWATAN AWAL IBU BENTAN BERSALIN

Zaman dah canggih sekarang.Bila lepas bersalin jer ibu ibu dah tak kisah nak berpantang.Al maklumlah katanya sekarang macam macam ubat ada.Apa susah.nanti sakit makanlah segala suplimen segala ubat yang melambak dijual di internet..di kedai kedai jamu..Sebab tu la akak tengok ramai adik adik muda yang baru bersalin tak ambil kisah nak berpantang.

Tak pa dik.Sekarang korang muda lagi.Tapi nanti bila dah umur meningkat,mula le semuanya longgar, lenguh sana sini , sakit sana sini.Buat kerja sikit je dah penat.Muka pulak dah macam nenek tua letih tak bermaya.Masa tu jangan marah kalau suami cari alasan tersebut untuk pasang satu lagi..opss..isu sensitif..tapi itu adalah kenyataan.

Pengalaman berpantang selepas bersalin ada yang tak kisah nak jaga diri sampai satu tahap ibu bentan.Macamana rasanya bentan tu? Jika ibu ibu merasa pening kepala , badan lemah lemah,  badan terasa seram sejuk,terasa seperti nak pitam..itu mungkin petanda anda sedang mengalami bentan.Bentan yang teruk boleh menyebabkan ibu ibu pitam atau tumpah darah.Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

bentan


7 Rawatan awal jika ibu mengalami bentan bersalin.

  1. Minum segelas kopi panas.Biarkan badan keluarkan peluh
  2. Sapu ibu kaki dengan hirisan bawang merah
  3. Segera sapukan mingak angin di kepala dan urut perlahan
  4. Pastikan perut diikat dengan ketat tapi selesa pada terutamanya pada bahagian perut yang menggeleber.
  5. Selimutkan dengan selimut tebal untuk mengeluarkan peluh
  6. Makan ubat seperti panadol atau ubat tahan sakit semulajadi iaitu b complex dan ostematrix
  7. Segera bawa berjumpa dengan doktor jika sakit berlarutan 

Sharing di atas hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri.Mungkin ibu ibu juga perlu merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman.


Untuk memastikan badan ibu berpantang sentiasa bertenaga ,susu mewah ,luka dalaman dan luaran cepat sembuh, kulit ibu dan anak semakin cantik, kurus dengan cepat, ibu patut mencuba set berpantang ini.




No comments:

Post a Comment