Ibu ibu di luar sana mesti pernah mengalami masalah pneumonia macam saya kan..pada awalnya mesti anggap anak kita tu deman dan selsema biasa..biala dah berlarutan..virus selsema tu boleh menyerang sehingga ke paru paru..begitulah yang berlaku pada anak saya..saya pernah kongsikan sebelum ini..boleh buka ni..diari pengidap pneumonia
Selsema, batuk dan kahak membuatkan baby sukar bernafas dan berasa tidak selesa. Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini sangat bermasalah jika ia menyerang baby kerana mereka tidak dapat nak keluarkan kahak sendiri.
6 CARA ATASI MASALAH PNEUMONIA
1.Gunakan alat penyedut hingus.Biasanya alat ini ada dijual di farmasi.Gunakan penyedut ini untuk membuang hingus baby
2. Jika tiada alat penyedut hingus, boleh gunakan teknik percussion.Caranya ialah dengan meniarapkan baby dengan meletakkan bantal di bawah perut Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
3. Menguatkan sistem imun baby dengan memberikan susu ibu.Susu ibu adalah susu paling istimewa yang Allah kurniakan pada ibu ibu..bertuah sungguh ibu ibu yang dapat menyusui anaknya..susu ibu dipercayai dapat mengatkan sistem imunisasi tubuh kanak kanak..mereka yang menyusu ibu mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti penyakit.
4.Elakkan dari menggunakan permainan dan peralatan rumah yang boleh mengumpulkan habuk seperti carpet, teddy bear. Elakkan juga dari haiwan peliharaan seprti kucing.Kerana habuk dari carpet , permainan atau kucing mungkin ada bakteria dan meningkatkan risiko selsema dan alahan pada bayi
5.Bagi ibu yang menyusu ibu , sila pastikan ibu ibu makan makanan yang berkhasiat agar susu ibu yang diperolehi oleh si bayi akan cukup lengkap dengan nutrisi yang seimbang.Ini akan meningkatkan daya ketahanan bayi.Susu ibu yang berkualiti adalah dari pemakanan ibu yang berkualiti.
6.Bagi menguatkan sistem imunisasi anak anak kecil yang berusia satu tahun ke atas, ibu ibu boleh memberikan mereka vitamin yang sesuai untuk mereka seperti vitamin c yang dipercayai menguatkan sistem imunisasi badan.Terdapt juga set vitamin khas untuk kanak- kanak yang sangat membanu bukan sahaja menguatkan sistem imunisasi tubuh malah dapat meningkatkan daya tumpuan dan IQ kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment