Sunday, 10 December 2017

5 CARA AIS BANTU MENCANTIKKAN KULIT

Biasanya orang perempuan tidak digalakkan minum minuman berisis air batu, kata orang tua tua tak bagus untuk organ dalaman wanita dan tenaga. Tapi ais ada kebaikan lain dan yang paling best bila boleh digunakan untuk mencantikkan kulit.


Jom kita tengok bagaimana ais dapat bantu cantikkan kulit


5 CARA AIS BANTU CANTIKKAN KULIT

1.  Mengubati mata sembab

kulit cantik dengan ais
Biasanya kalau kita kurang tidur , mata akan sembab dan letih. Dengan menggunakan ais batu , boleh bantu mengurangkan masalah tersebut. Bungkus beberapa ketulan ais dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata. Kesejukan ais dapat memberi kesan yang menyenangkan di mata.

2.  Merawat jerawat

Waktu jerawat tumbuh, ambil ketulan ais dan gosokkan pada kulti yang berjerawat dengan lembut. Ais boleh bantu mengurangkan bengkak dan kemerahan . Ais batu juga dapat menyeimbangkan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat.

3. Dapat mengecilkan liang pori -pori

balutkan ais batu dengan kain lembut dan tekapkan di kulit . Ais dikatakan sangat efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. 


kecilkan liang pori

4. Mengurangkan bulu halus

Rajin gunakan ais di muka ,ia dapat bantu mengurangkan bulu di bahagian wajah.

5. Ais menjadikan kulit lebih anjal dan lembut.

nak kulit anjal dan lembut , sapukan ais tiga kali seminggu.








No comments:

Post a comment