Monday 25 December 2017

12 TANDA-TANDA ANDA DISERANG KENCING KOTOR

November lepas , kakSu join trip Shaklee ke Phuket, Langkawi dan Pulau Pinang dengan Libra Cruise. Memang best sangat trip ni. Makanan kat sana tok sah cakap la. Memang sangat -sangat sedap dan menyelerakan. Seafood seperti udang segar, ketam, lobster, sotong memang jadi hidangan setiap hari. KakSu memang la takan lepaskan peluang untuk membelasah makan kat sana.

Sepanjang di sana kakSu memang perasan sangat yang kakSu kurang minum air kosong. Mana taknya asyik makan jer sampai lupa nak minum air. Kalau minum banyak air kang, dah kenyang ,tak larat nak makan makanan sedap sedap lagi. Buruk perangai kan..

Balik jer daripada trip Cruise tu, kakSu dah  mula perasan yang kencing mula tak lawas. Dan masa nak buang air kecil,memang tak dapat tertahan-tahan lagi dah. Beberapa hari lepas tu, memang masalah kencing tak lawas kakSu semakin teruk. KakSu rasa sakit pada ari-ari sampai jadi stress sebab tak dapat buang air dengan lancar. Rasa air kencing tersekat dan tak nak keluar.

Perut yang sakit bertambah teruk. Akhirnya kakSu pergi ke klinik. Biasa la , doktor akan minta kita buang air kecil dalam botol. Nak check air kencing. Sah...air kencing bukan lagi warna jernih seperti biasa tapi dah jadi warna kecoklatan. Doktor bagitahu yang kakSu dah kena jangkitan kuman. Semasa doktor tunjukkan kertas pernunjuk tu, memang warna pada kertas tu dah bermacam macam warna dah. Doktor pun ada check pada bahagian ari ari dan ketuk pada bahagian pinggang. Katanya hanya jangkitan kuman dan tak ada apa masalah besar. Dapat ubat tahan sakit, ubat lawas buang air dan atibiotik.

kencing kotor

So hari ni kakSu nak share tanda tanda yang kakSu rasa semasa kena masalah kencing kotor.

Tanda tanda  masalah kencing kotor.

1. Pedih semasa kencing
2. Kerap kencing
3. Tidak dapat mengawal kencing.
4. Kerap kencing malam
5. Sakit bahagian ari-ari
6. Kencing keruh / berbau / berdarah
7. Radang buah pinggang akut
8. Demam,sejuk dan menggigil
9. Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang
10. Loya dan muntah
11. Tanda-tanda dan gejala radang pundi kencing
12. Renjatan septik – perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.


kencing kotor

Warna keruh begini menandakan air kencing sudah dijangkiti kuman..




No comments:

Post a Comment