Tuesday 26 December 2017

DIARY IBU MENGEJAR 2 MASTER PART 2

26 Disember 2017 

5 am until 11 pm....

Celik je mata jam 5 pagi selesaikan urusan diri dengan yang Satu. Bergegas ke dapur siapkan masak untuk makan tengahari anak anak kat rumah. Hari ni masak ayam masak kicap jer. Tapi sarapan tak masak. Sarapan ibu pergi beli nasi lemak kat kedai di pekan. Sebab nasi lemak tu murah dan sedap. nak anak pun suka. Lagipun jimat masa ibu sebab pagi ni nak ke UKM .

Perjalanan master

Settle urusan masak memasak, terus meluncur kereta ke UKM. Sebenarnya matlamat hari ni nak ke UKM sebab nak hantar assignment je pun. Tapi alang alang dah pergi ke Bangi , ibu dapat setkan macam macam benda untuk disiapkan. Rugila kalau pergi semata nak hantar assignment. 
Perjalanan master

Sebelum ampai UKM kena singgah dulu kat stesen Petronas sebab top up tounch n go dah habis. Kat tol pun tak dapat nak beli sebab tak dijual top up sampai la 2 Disember. Singgah juga kat situ sebab kena siapkan task group GMF booster. Itu wajib buat setiap hari untuk group ibu .

Sampai ke di UKM dah ada kawan menanti sebab nak ambil vivix yang dah dipesan. Terus masuk ke libry fakulti pendidikan,cari bahan untuk siapkan bab 5 tesis ibu. Banyak juga la dapat hasil dalam masa 2 jam. Settle dapatkan bahan untuk tesis, solat dulu. Senang dapat jamak solat zohor dan asar. Apa pun tugas nak buat, eloklah utamakan yang wajib dulu. Biasanya kalau kita utamakan yang lain dari solat , mesti ada je benda sangkut.

Selesai solat, terus ke rumah Shakirah, nak hantar pula vitamin kak Ita. ESP dengan vitamin C. Disana sempat lagi kami borak borak dibawah panas mentari.Maklumla waktu tu belum pukul 2 petang. Bukan borak kosong tapi lebih kepada perbincangan kami tentang tesis. Kirah akan mula hantar soal selidik pada bulan Januari 2018 ni. So ibu cuma bercerita dan beri idea pada Kirah berdasarkan  pengalaman ibu. Ibu dah settle bab pungut data. Tinggal bab penulisan saja. 

Tak sedar terborak lama pasal tesis kami. Baru bergerak ke HQ shaklee di Sunway Geo. Alhamdulillah tepat jam 3.20 petang sampai disana. Shopping adalam masa 20 minit. Banyak juga la shopping hari ni . 7 botol vivix dan vitamin -vitamin lain. Hari ni buat belian total 3K lebih. Alang alang datang memang kena beli banyak sekali sebab memang stok kat rumah dah nak habis . Vivix pun kena beli sebab kawan kawan dah bayar .

promosi vivix

Settle beli semua barang, terus pecut nak balik. Dalam hati sebenarnya nak elak dari jem kat jalan keluar tu. Terlampau khusyuk dengan macam macam benda dalam kepala sampai terlepas jalan nak ke Seremban. Terus masuk ke jalan yang penuh dengan jem. Nak cepat akhirnya jadi lambat. Tapi redah je jem tu. 15 minit juga la nak rempuh.

pengedar shaklee melaka

Kejar nak sampai masjid tanah at least jam 6 petang. Sebab nak cod vivix di Kuala Sungai Baru, pastu kat Masjid Tanah pulak. Tapi disebabkan dua dua customer tak da kat rumah so pecut ke masjid Tanah. Pukul 5.45 sampai depan Maybank, COD vivix pada kak Noridah . Pecut beli daging dan bihun untuk masak makan  malam kat rumah. Singgah rumah kak Jah hantar vivix. Singgah rumah Kak Zai melawat dia yang jatuh dan retak kaki. Singgah rumah kak Ida sani hantar vivix. Jadi total hantar vivix hari ialah 4 botol. Masih berbaki lagi 8 botol nak hantar esok.

Sampai rumah dah azan Maghrib. Anak anak dah terkam ibu yang baru sampai kut dapat apa apa makanan ibu beli. Yea..ibu beli aiskrim sorang satu..hihi..selesai solat maghrib , sempat lagi masak sup daging pulak malam ni. Sebab lauk dah habis tengahari tadi . Bihun sup kegemaran eimy dan dania. Habis licin satu periuk .Settle kenyangkan anak anak dan suami, maka ibu pun  masuk ofis. Menyambung tugasan. baru perasan selama hari ni dari pagi belum ada sebiji nasi pun yang masuk dalam perut ibu. Tapi ibu puas hati dengan perjalanan hidup ibu hari ni. Sebab banyak benda dapat disettlekan dengan baik....

Sebelum menulis coretan ni ibu ada discussion di group GMF Stars. Baru je semalam tubuhkan group ni. Alhamdulillah,sambil mendengar ,sambil air mata meleleh sebab dapat kawan kawan yang macam ni. Pentingnya kembali kepada Allah. Utamakan Allah maka Allah akan permudahkan urusan kita. Jika jauh dari Allah maka tunggulah kepenatan yang kita dapat. Kita kejar dunia , maka dunia kan lari.Kita kejar akhirat maka dunia akan kejar kita. Maka kembalilah pada yang satu...lengkapkan MASTER CHECKLIST..

master checklist


Dalam hati ibu, selagi masih bernyawa ibu inginkan kejayaan untuk diri ibu sendiri. Ibu nak buktikan kejayaan itu bukan hanya boleh dicapai ketika kita di usia muda. Apa pun kita nak buat, usahalah dengan sehabis baik .Orang disekeliling ibu ramai yang berjaya. berjaya dapat master,berjaya dapat PhD berjaya menulis dengan buku, berjaya publish jurnal. Takan ibu nak pandang saja kejayaan mereka? 

Ibu juga ingin berjaya seperti mereka. Ibu nak berjaya , ibu kena usaha. Usaha perlukan pengorbanan. Korban masa untuk bergembira sepanjang masa, korban tinggalkan anak dan suami, korban untuk hidup dalam zon selesa. InsyaAllah , anak anak ibu selalu doakan ibu. Semoga ibu di berikan kekuatan untuk teruskan perjuangan Master In Education dan Master Shaklee dan lebih banyak ibu akan publish paper lepas ni. Amin...


No comments:

Post a Comment