Friday, 29 December 2017

AIS KRIM MALAYSIA "BABY SHARK"

Alhamdulillah kami baru je sampai ke kampung. Mujurla hari ni jalan tak berapa  jem. Jadi cepat juga la sampai Parit Buntar. Tiap kali balik sini, memang tak sah kalau tak berkunjung ke kedai Along Char koteow. Gerai ni tak pernah kosong. Tempat duduk pun kena tunggu. Terpaksa berdiri kat sebelah meja orang yang tengah makan. Lambat cop tempat maka lambat la dapat makan.


                                Dania pegang ni ais krim Baby Shark.Dalamnya. Ada jelly shark

Disebabkan terlampau ramai yang order char koteow, faheimy dengan dania mula naik boring. Mujurla ada penjual ais krim kat luar gerai ni. Ais krim Malaysia. Ingatkan ais krim biasa biasa saja. Tapi sedap pulak rasa dia. Ada macam macam perasa,Perasa oreo,perasa choki choki, "baby shark" dan macam macam lagi. Bila dorang makan, teringin nak rasa. Rupanya ais krim ni memang sedap.

Sempat lagi ambil gambar adik jual ais krim ni. 

ais krim malaysiaais krim malaysia

Bukan 1 batang je dania dengan fahimi belasah,. tak cukup satu, tambah lagi dengan macam macam perasa. Bila makan ais krim ni teringat zaman kecik kecik dulu . Kalau dulu beli 10 sen jer. Sekarang ais krim malaysia dah rm 1. 

ais krim malaysia

Macam macam perasa faheimy try


ais krim malaysia
Sabar menanti char koteaw sampai.

Oklah...sementara dok makan ais krim, sampai dah char koteow kami. 7 orang makan tapi order 8 pinggan. Extra satu pinggan , tentulah ayahnya.Sedap sangat larrr.Sampai licin semua berpinggan pinggan.


Ini set charkoteow special



Ini charkoteow biasa

Alhamdulillah, dah kenyang makan, baru teruskan perjalanan ke rumah abah.

No comments:

Post a comment