Thursday 28 December 2017

7 CARA UNTUK ELAK DARI KENCING KOTOR YANG WANITA WAJIB TAHU

Sebelum ni kakSu pernah cerita tentang pengalaman kakSu di serang masalah kencing kotor. Kecing kotor adalah jangkitan pada saluran kencing dan 80% kes adalah disebabkan kuman E.Coli. Saluran kencing adalah sistem penapisan badan untuk membuang sisa scecair dari badan sebagai air kencing. Ia akan keluar dari badan melalui uretra. Jangkitan saluran kencing merupakan keradangan saluran kencing . 

kencing kotor

CARA MENCEGAH MASALAH KENCING KOTOR

1. JANGAN TAHAN KENCING

Ini masalah besar kalau suka tahan kencing. Air kencing yang ditahan tahan akan membuatkan bakteria membiak dalam pundi kencing.

2. BANYAK MINUM AIR


Disebabkan suka tahan kencing, maka air pun malas nak minum. Jadi badan akan kekurangn air dan toksin sukar untuk disingkirkan. Sepatutnya kita perlu minum air 2 hingga ke 3 liter sehari. Untuk mengetahui bahawa kita ni cukup atau tak minum air, tengok je pada air kenicng. kalau jernih tu maknanya memang cukupla air kita minum sehari. Elakkan sama sekali air manis . Hanya air kosong dicukupkan sehingga 3 liter.

3. JAGA KEBERSIHAN ALAT SULIT

Bersihkan alat sulit dengan air bersih dan jika mengelap alat sulit lapkan dari hadapan kebelakang supaya bakteria dari dubur tidak merebak kehadapan.

4. BASUH TANGAN DENGAN BERSIH SEBELUM DAN SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL
Tangan yang kotor akan menggalakkan pembiakan bakteria di alat sulit dan menjangkiti pundi kencing.

5. AMALKAN PENGAMBILAN VITAMIN C

Vitamin c tinggi dengan antioksidan dan juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Tubuh kita tak dapat menghasilkan vitamin c dengan sendiri. Dengan pengambilan vitamin c kita dapat mencegah daripada diserang jangkitan kuman.

6. BUANG AIR KECIL SEBELUM DAN SELEPAS HUBUNGAN SEKS

Dengan membuang air kecil dan membesihkan alat sulit , dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.

7. BUAT PEMERIKSAAN AIR KENCING DENGAN SEGERA JIKA ADA SIMPTOM KENCING KOTOR

Biasanya doktor akan memeriksa air kencing untuk memastikan samada ada jangkitan atau tidak. Jika warna air kencing berubah dan menunjukkan simptom kencing kotor , anda akan diberikan antibiotik .

Masalah kencing kotor yang kronik mungkin akan menjejaskan kesihatan buah pinggang.

Ikuti kisah pengalaman saya sendiri cara untuk merawat kencing kotor.





Hubungi saya untk konsultasi pecuma.

Suhaila 0108798077



No comments:

Post a Comment