Tuesday 6 September 2016

BERAPA BACAAN GULA DALAM DARAH ANDA?

Hari ni selak selak surat khabar terbaca tentang penyakit diabetes.Ternyata kat Malaysia ni ramai sangat yang mengidap penyakit maut ni.Jadi saya teruja dan kongsikan hari ni tentang bacaan normal dan juga bacaan berisiko diabetes.

Bilakah waktu yang sesuai untuk buat ujian kadar gula dalam darah?

1.(FBS -Fasting Blood Sugar)
Ujian selepas individu berpuasa selama sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian 

2.(2HPP- 2 Hour Postprandial Blood Sugar)
UJian untuk mengetahui keberkesanan pankreas mengelurakan insulin.Ia dilakukan selepas 2 jam individu tersebut mula makan. 

3.(RBS) Random Blood Sugar 
Ujian terhadap individu tanpa berpuasa sebelum membuat ujian.Jika bacaan gula dalam darah individu terbabit luar biasa atau terlalu tinggi , kemungkinan besar beliau mengidap diabetes.Namun ujian ini tidak boleh mengesahkan keputusan tersebut.Ujian selanjutnya perlu dilakukan lagi.

4.(OGTT) Oral Glucose Tolarance Test 
Ujian ni terkenal sangat dikalangan ibu ibu mengandung.Ujian ini adalah untuk pemeriksaan samada ibu tersebut mengalami diabetes.Sampel darah diambil sebelum dan selepas diberi minum air gula 

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?

Terdapat 3 peringkat bacaan kadar gula ( hanya untuk Fasting Blood Sugar (FBS), 2-Hour Postprandial Bload sugar (2HPP) dan Random Blood Sugar(RSB) sahaja untuk bacaan ibu mengandung (OGTT) perlu jadual yang lain

     1. (NORMAL)  Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL 
Jika angka yang keluar di Glucometer adalah dalam julat 3.9-5.5mmol/L, anda dikategorikan normal dan bebas dari Diabetes. 

      2.(BERISIKO MENGIDAP DIABETES) Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL 

Jika bacaan dalam julat 5.6 hingga 6.9mmol/L, dan anda membuat pemeriksaan pada situasiFasting Blood Sugar (FBS), hati hati kerana anda berisiko tinggi menghidap Diabetes. Tapi sekiranya anda membuat pemeriksaa pada situasi 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2-HPP)bacaan ini bukan penentu, sebalikya kemungkinan anda berada di garisan berisiko menghidapi Diabetes.

   3.(DIABETES) Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas 
Jika anda mendapat bacaan 7.0mmol/L atau lebih pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS),anda adalah penghidap diabetes. Sila dapatkan nasihat doktor segera.

bacaan gula dalam darah
Jangan biarkan ia berlarutan.

3 comments:

  1. saya pon ada kes melibatkan diabetesselepas bersalin.
    sebab kudis di kaki tak sembuh2, saya p jumpa doktor.
    kebetulan last waktu makan saya 10pm dan saya jumpa doktor jam 12pm tanpa ambil sarapan.
    itu dah bersamaan dgn puasa la kan.
    bacaan ketika itu 6 dan doktor sahkan saya diabetes.
    tak sangka..
    huhuhu

    salam singgah dari blog diari dandelion.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak cuba vivix boleh ..cepat kesannya

    ReplyDelete
  3. Kalau nak cuba vivix boleh ..cepat kesannya

    ReplyDelete