Sunday, 14 September 2014

BENARKAH MIGRAIN MENYEBABKAN STROKE??????

Teringat saya pada kisah yang berlaku beberapa minggu lepas semasa peperiksaan Percubaan SPM..Peperiksaan berlangsung di dewan dan saya bersama 2 orang guru perempuan yang lain adalah guru yang mengawas peperiksaan tersebut.Hari tu exam paper sejarah kertas 3...Tiba-tiba saya di panggil oleh seorang pelajar yang memaklumkan bahawa kawan sebelahnya sudah menangis kerana menahan kesakitan, apabila ditanya, beliau memaklumkan yang dia mengalami migrain...
Situasi ni berlaku sudah saban tahun..Tiap kali exam je mesti ada yang stress dan memang akan ada pelajar yang jatuh pengsan, pening kepala, loya, dan migrain yang amat sangat.Kebanyakan kes pening keterlauan dan migrain ni adalah pelajar perempuan.Disini saya nak berkongsi sedikit tentang punca punca migrain
Hasil pembacaan saya dari blog DR Zubaidy Hj Ahmad 12- 15% (28 juta orang) dari penduduk dunia adalah pengidap migrain.Pengidap migrain akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian kepala, loya, muntah dan amat sensitif kepada cahaya dan bunyi bising

Migrain
Punca migrain
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.
Faktor keturunan.Cuba tanya mak ke, saudara seibu ke, saudara sebapa ke..mungkin juga mereka pengidap magrain.
Perubahan mutasi pada genetik menyebabkan tubuh pesakit menghasilkan lebih banyak asid homocysteine sejenis asid amino
Genetik yang menyebabkan migrain juga akan menyebabkan pesakit mengalami stroke kerana telah dibuktikan bahawa asid homocysteine menyebabkan salur darah tersumbat dan pelbagai masalah saluran darah coronary
Bagimana mengenali penyakit Migrain?
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
Bagaimana nak mengatasi masalah migrain?
Oleh kerana pesakit migrain menghasilkan asid homocysteine yang tinggi maka haruslah kita cari cara bagaimana nak merendahkan asid homocysteine tersebut.?
 Kajian telah menunjukkan bahawa vitamin B6, B12 dan asid folik  dapat mengurangkan asid homocysteine yang dihasilkan oleh pesakit migrain sebanyak hampir 40%.
Vitamin B2 pula diperlukan oleh tubuh untuk menjana tenaga.Jika tenaga yang dijana tidak mencukupi akibat "mitochondria" yang menjadi "powerhouse"  tidak mendapat vitamin itu , akan menyebabkan migrain.
Pesakit akan merasai kesan pengambilan vitamin B secara konsisten apabila kekerapan migrain yang di alami semakin berkurangan .
Selain dari itu pesakit dan juga kita yang tidak sakit ni pun haruslah mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan makanan yang seimbang.Tak semua makanan yang kita makan mempunyai zat yang cukup untuk tubuh badan jadi ,bagi  menampung  zat makanan yang tidak mencukupi itu ambillah makanan tambahan.Penting juga....keluarkan peluh dengan senaman.
Seandainya sakit kepala yang anda alami semakin hari semakin kuat dan tidak mendapat kelegaan walaupun telah diberi ubat penahan sakit dengan dos yang sangat tinggi ,eloklah anda membuat pengesahan  dengan melakukan imbasan CT Scan dan MRI otak kerana tumor otak sekecil 1cm dapat dikesan melaluinya.
Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah anak yang migrain, carilah jalan penyelesaian, usah dibiarkan anak anda menanggung kesakitan dan berlarutan sehingga menyebabkan ia menjadi semakin kronik.Ibu bapa yang sayangkan anaknya pasti akan mencari jalan untuk merawat.Perlu diingat pengambilan ubat penahan sakit (ponstan) hanyalah untuk sementara bukan untuk merawat.Kesan jangka panjang ubat penahan sakit akan menyebabkan masalah hati .Klik disini untuk kesan ubat penahan sakit
Jika anda biarkan masalah ini berlarutan mungkin satu hari nanti anda akan berbelanja puluhan ribu ringgit untuk mengubati ,dan mungkin juga ketika itu sudah telambat...

Berbalik kepada kisah anak murid saya tadi.Selepas disoal rupanya masalah migrain beliau sudah menjadi kebiasaan dan akan bertambah sakitnya apabila mengalami tekanan ,kurang tidur dan rehat dan tambahan pula dia tidak bersarapan pada pagi tersebut.Semoga pelajar yang akan menduduki SPM 2014 ini akan bersedia dan pastikan kesihatan anda dijaga..Kalau badan tak sihat..nak jawab exam pun terganggu...

Anda berhak memilih...
Saya pilih untuk sihat sepanjang hayat...


K....Bye....^^

KANDUNGAN VITAMIN B

Vitamin semulajadi


suhaila
0108798077
fb:suhaila abdul
pengedar sah :Masjid Tanah, Londang,Kuala  Sungai Baru,Melaka seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment