Monday, 22 September 2014

KEMBANG TERHALANG

Sebelum melabuhkan mata untuk pejam..saya nak share ni..korang tolong jawabkan...



"saya nak balik penang..bulan 10 ni semasa cuti  Deepavali ni..sebab abah dah berhajat nak buat kenduri kesyukuran selepas sampai kembali ke kampung...saya memang nak sangat balik ...kami adik beradik akan menyambut kepulangan abah nanti..rindu mak dan abah...tapi..saya fikir balik..

1.raya..cuti..jalan mesti jem
2.R n R penuh..nak makan nak rehat pun sesak.. tak ada parking
3.Balik siang panas
4.Balik malam , nak drive mengantuk
5.kena servis kereta lagi...
6.Gaji dah habis ...

bla...bla..bla...

Tolong pilih untuk saya

A.Balik jer lah..

B.Tak payah balik..

Apa pengajaran dari kisah ni?

Apa jer yang saya nak buat saya mesti terfikir pasal kisah ni..Hadhatina MKB dan MKB..

#learn #from#gegemasu#projek#supermomleader

Any comment?

Ya..saya sambung semula.Sebenarnya situasi diatas hanyalah sebagai contoh sahaja.Dimana setiap manusia yang bernyawa pastinya mempunyai masalah.Allah cipta manusia dengan sebaik baik kejadian dan manusia dipilih sebagai khalifah di muka bumi.Ini menunjukkan manusia diberi akal dan fikiran untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan.Sebelum ini saya sendiri pernah mengalami masalah yang sangat meruncing.Disebabkan terlalu memikirkan tentang masalah tersebut, saya menjadi stress.Apabila saya stress ,ia sangat mempengaruhi emosi anak anak keluarga dan insan terdekat serta kerjaya.Ketika itu saya tidak menjurus mencari jalan penyelesaian namun hanya merintih dan bersedih dengan masalah tersebut.Akhirnya makan diri sendiri, badan sakit, jiwa kacau dan tidak tenteram.S aya semakin kurus, muka macam orang tua, walaupun ketika tu belum la tua sangat..Saya selalu sedih dan sering teringat ingat peristiwa sedih tersebut.Namun alhamdulillah, saya mula bangun semula setelah mendapat hidayah dari dan petunjuk dari Allah.

Ketika kita mengalami masalah,sangat penting untuk kita memilih orang terdekat untuk berkongsi kesedihan atau masalah.Kalau dapat kawan yang songsang, songsanglah kita jawabnya,kalau dapat kawan yang baik tentu pilihan yang baik yang disarankan.Masa kita dalam kesusahan,kita sukar untuk berfikir sacara waras, jadi mungkin kita salah membuat pertimbangan.namun sekiranya kita dibimbing dengan betul insyaalah kita akan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan baik.

Dalam mengejar kejayaan atau cita cita, tak perlulah menjadikan  masalah yang kita hadapi sebagai halangan.Kalau kita fikir semua itu halangan, kita sudah bina satu tembok besar dihadapan kita..pastinya kita merasa susah untuk mengejar impian tersebut.Apa yang kami di ajar , supaya, fikirkan jalan penyelesaian dan atur strategi untuk capai.Staretgi dan matlamat mestilah jelas dan mestilah ditulis dalam kertas dan hari hari di lihat dan dibaca.Sebagai contoh .Saya ingin membeli sebuah rumah untuk seisi keluarga.masalah ialah, duit tak cukup.Masalah dah ada..matlamat dah ada, cara melaksakannya pulak mesti specifik

Langkah langkah penyelesaian
matlamat: Rumah banglo satu tingkat
Harga    : RM 600k
Tempoh untuk beli: 5 Tahun dari sekarang
Cara dapat duit: Bisness shaklee
Bonus bulanan: RM 15K

Ini hanya sebagai contoh.Daripada apa yang di maklumkan dari group bisness kami ,ramai yang telah mengaplikasikan cara menulis matlamat ini di atas kertas telah berjaya mencapainya mengikut target tersebut.Matlamat tidak oleh hanya diletak dalam kotak fikiran tapi diluahkan pada sekekping kertas dan lagi bagus sebut selalu dihadapan cermin.Bukan saja dpat dipraktikkan oleh kami malahan sebgai anak murid juga boleh buat macam ni, dimana meletakkan pencapaian atau markah dan gred yang dikehendaki di atas sehelai kertas dan diletakkan ditempat yang sering kita lihat.


No comments:

Post a Comment